Hole-in-one pertama dalam 29 tahun

GORDON Tang Shyi Tong melakar sejarah memenangi hadiah ‘hole- in-one’ kedua dalam Pertandingan Golf Pusaka 2019 di Kuching semalam.

Gordan Tang Shyi Tong membawa pulang habuan seutas jam tangan jenama Rolex bernilai RM 20,000 tajaan Insurans Lonpac Berhad.

Hadiah tersebut merupakan hadiah khas untuk pemenang di lubang Matang 3, Siol 6, dan Demak 14.

Menurut Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Hashim Bojet, pertandingan golf sangat penting sebagai landasan untuk pemain-pemain golf tempatan mempamerkan bakat masing-masing.

“Pencapaian peserta kali ini merupakan pencapaian yang sangat istimewa.

“Hal ini kerana hadiah ‘hole- in-one’ berjaya dimenangi oleh peserta buat pertama kali dalam 29 tahun menganjurkan pertandin-an Golf Pusaka,” ujarnya.

Gordan Tang Shyi Tong bukan sahaja berjaya membawa pulang hadiah lumayan ‘hole-in-one’, malah memenangi tempat kedua untuk kategori terbuka lelaki dan hadiah berbentuk Panasonic 49” LED TV.

Hadiah tersebut disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pengurusan Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Lembaga Pengurusan Pusaka, Datuk Len Talif Salleh.

Pertandingan ini diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS) yang menyaksikan 248 penyertaan.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu kategori VIP, tetamu jemputan, Pusaka dan anak-anak syarikat serta terbuka lelaki dan terbuka wanita.

Bagaimanapun tiada pemenang bagi hadiah pertama dan ketiga ‘hole-in-one’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga 1.3 Auto Executive bernilai RM39,705 dan set teater rumah bernilai RM15,000.

Suara Sarawak