Hope Place bantu 190 keluarga

KUCHING: Sebanyak 13 cawangan pasar raya H&L sekitar bandar raya ini akan diletakkan satu kotak derma Hope Place Kuching.

Pengasas Hope Place Kuching Kelvin Wan berkata, pasar raya H&L menjalin kerjasama dengan Hope Place Kuching untuk menjalankan kerja amal seterusnya membantu golongan memerlukan di sini.

Menjelas lanjut, setiap cawangan pasar raya H&L akan memaparkan satu kotak derma untuk membantu pertubuhan bukan kerajaan itu mendapatkan dana membantu keluarga dan masyarakat kurang bernasib baik.

“Hope Place menjalankan penghantaran bantuan setiap tiga bulan kerana banyak keluarga dalam senarai penerima kami,” katanya.

Kelvin berkata, Hope Place Kuching turut membantu OKU dengan memberikan susu khas dan lampin pakai buang, ibu tunggal mempunyai anak masih bersekolah, warga emas yang ditinggalkan dan pendapatan isi keluarga di bawah RM500 sebulan.

Setakat ini, Hope Place jelasnya, membantu lebih 190 keluarga.

Oleh itu, bagi mana-mana pusat beli-belah, pasar raya dan kedai

yang ingin memaparkan tabung derma Hope Place boleh hubungi talian 082-505 987.

Masyarakat yang ingin menyumbang kepada Persatuan Kebajikan itu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 5112-8900-1160, jelasnya lagi.