ARTIKEL

LUKANISMAN menyantuni si kembar yang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di Hospital Betong, hari ini | OSMAN RAZALI

Hospital di Sarawak perlukan lebih banyak kepakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Isu perkhidmatan tidak komprehensif di hospital luar bandar Sarawak merupakan dasar besar dalam perundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ia kerana hospital di seluruh Sarawak memerlukan lebih banyak kepakaran.

“Kita melihat kadar kemasukan ke Hospital Betong sebagai hospital luar bandar agak berkurangan kerana fasiliti yang ada tidak dapat menyediakan perkhidmatan komprehensif kepada pesakit.

“Ini menyebabkan pesakit dirujuk ke hospital negeri, Hospital Umum Sarawak (HUS) atau yang terdekat seperti di Sibu.

“Walaupun masih di peringkat awal, ini merupakan dasar besar dalam perundingan MA63 berkaitan autonomi kesihatan,” katanya ditemui media selepas meninjau Hospital Betong, hari ini.

Malah Timbalan Premier Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian selaku menteri bertanggungjawab jelasnya, telah menyatakan pendirian dan hasrat serta beberapa kertas kerja kepada Menteri Kesihatan untuk melihat pembangunan dan polisi kesihatan Sarawak, supaya tidak perlu mengikut satu acuan sahaja.

Dalam siri lawatan ke Bahagian Betong, beliau singgah di Klinik Kesihatan (KK) Debak, Spaoh, Mid-Layar, PKB Betong dan Hospital Betong.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu turut hadir sama.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha