SIBU: Hospital Sibu sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki berbangsa Cina, Moh Hion Soon, 65 tahun.
Jabatan Kesihatan Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pesakit beralamat di No 62, Taman Permai Barat 1, 96000 Sibu, Sarawak.
Katanya, pesakit telah dibawa dibawa ke Hospital Sibu menggunakan ambulan setelah dipercayai terlibat dalam kemalangan ketika pesakit sedang menunggang motorsikal secara berseorangan.
“Pihak wad memaklumkan bahawa tiada waris atau ahli keluarga yang datang menziarahi beliau sejak kemasukan di Wad Pembedahan Lelaki (Tingkat 1) Hospital Sibu pada 18 Disember 2023 sehingga kini.
“Usaha pihak hospital untuk menghubungi ahli keluarga pesakit bagi perbincangan lanjut setakat ini masih gagal kerana nombor telefon yang diperolehi tidak berjawab,” katanya.
Jelasnya pesakit juga tidak memberikan sebarang respon apabila ditanyakan berkaitan ahli keluarga dan latar belakang dirinya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali pesakit atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan waris atau ahli keluarga pesakit diminta untuk berhubung dengan Wad Pembedahan Lelaki (Tingkat 1) Hospital Sibu di talian 084-238888 sambungan 5105 dengan kadar segera.



