ARTIKEL

Abang Johari menyempurnakan simbolik pecah tanah Hotel Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Marudi, semalam

Hotel tiga bintang Marudi, tampung keperluan pelancong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Pembinaan hotel tiga bintang di sini adalah tepat pada masanya, bukan hanya untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan tetapi juga menyediakan penginapan kepada pelancong luar negara.
 
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan dan idea pembinaan hotel tersebut dikemukakan beliau ketika menjadi Menteri Pelancongan kepada kepada Ketua Menteri ketika itu, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
 
“Kita memang mempunyai cadangan untuk sektor perkhidmatan khasnya pelancongan menjadi salah satu kegiatan ekonomi yang memberi manfaat kepada masyarakat di utara Sarawak.
 
“Oleh sebab itu kita hendaklah membangunkan sebuah hotel di sini kerana Marudi mempunyai keunikan serta tarikan pelancong yang tiada di tempat lain di negeri ini,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Hotel Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Marudi, semalam.
  
Tambahnya, keindahan Marudi dan Baram yang kaya dengan kawasan hijau juga mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancong luar negara.
 
“Di sini juga terdapat budaya, makanan dan warisan yang sangat cantik khususnya dalam kalangan Orang Ulu, yang tidak terdapat di negara lain. Bahkan Miri, Kuching, Sibu serta tempat-tempat lain tidak mempunyai apa yang dimiliki Marudi.
 
“Sungainya besar dan banyak kawasan masih kehijauan. Sekiranya tempat ini terus dipelihara dengan baik, mungkin anda berpeluang mendengar burung berkicauan di pagi hari. Sesuatu yang tidak dapat diperoleh di kawasan bandar,” jelasnya.
 
Tambahnya, usaha seterusnya adalah membina akses jalan raya yang baik untuk memudahkan orang ramai terutamanya pelancong mengunjungi kawasan tersebut.
 
Untuk rekod, hotel baharu dengan 90 bilik itu dibina di atas tapak lama Rumah Rehat Marudi berdepan dengan Dewan Suarah Marudi. Lokasi strategiknya itu juga berhampiran Lapangan Terbang Marudi serta Kubu Hose yang merupakan sebahagian sejarah kawasan tersebut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan