ARTIKEL

Pro-Palestinian activists and supporters wave flags and carry placards, including a "Stop Bombing Yemen" sign, during a National March for Palestine in central London on January 13, 2024. Hamas's unprecedented attack on Israel on October 7, 2023 which left about 1,140 dead in Israel, mostly civilians, according to an AFP tally based on official figures, and saw 250 hostages dragged back into Gaza sparked the war which is still raging in the besieged Gaza Strip. After almost 100 days of war, at least 23,357 people have been killed in the fighting, the majority of them women and children, according to the Hamas health ministry -- or almost one percent of the population. (Photo by HENRY NICHOLLS / AFP)

Houthi teruskan operasi ketenteraan terhadap Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SANAA: Kumpulan Houthi di Yaman berkata kumpulan itu meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Saba.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Sanaa, ibu negeri Yaman, menjadi sasaran serangan udara.

“Ia sama sekali tidak menghalang Yaman daripada meneruskan operasi ketenteraannya terhadap musuh kami Israel dan menghalang kapal sekutu mereka menuju ke pelabuhan Palestin yang diduduki.

“Pencerobohan Israel pasti cuba dihalang oleh angkatan tentera kami, operasi ketenteraan Yaman terhadap musuh dan menghalang laluan kapalnya dan kapal dari negara lain yang membawa barangan ke sana,” menurut kenyataan itu.

Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melancarkan serangan udara terbaharu di Sanaa pada Sabtu, sehari selepas serangan dilakukan oleh Washington dan London terhadap sasaran di kawasan yang dikawal oleh Houthi di Yaman.

Selepas serangan pada Jumaat yang mengorbankan lima ahli Houthi, kumpulan itu berikrar bahawa semua kepentingan AS dan Britain menjadi sasaran sebagai tindak balas kepada pencerobohan langsung mereka terhadap Yaman. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU