ARTIKEL

UCAPAN TAKZIAH: Allahyarham Datuk Sudarsono Osman (duduk, tengah) bersama-sama Lembaga Pengarah Kumpulan HSL dalam satu gambar berkumpulan yang dirakam pada 22 Mei 2025.

HSL Kenang Kepimpinan, Persahabatan, Jasa Allahyarham Sudarsono

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemergian Datuk Sudarsono Osman bukan sekadar kehilangan seorang pengerusi, malah meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga HSL yang mengenang beliau sebagai pemimpin berwibawa, sahabat yang disenangi serta insan yang banyak menyumbang kepada organisasi dan Sarawak.

HSL dalam kenyataan merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada petang semalam, selain menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan insan tersayang Allahyarham.

Allahyarham menyertai Lembaga Pengarah HSL pada Ogos 2019 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sebelum dilantik sebagai Pengerusi pada Mei 2022.

Bagi warga HSL, Allahyarham bukan sekadar rakan sekerja, sebaliknya seorang sahabat yang akan terus dikenang atas nasihat bernas serta pendekatan kepimpinan yang bertimbang rasa dan bijaksana.

HSL berkata, Allahyarham membawa pengalaman dan kepakaran luas hasil pelibatan beliau dalam sektor awam dan swasta.

Pemergian beliau disifatkan sebagai kehilangan besar bukan sahaja kepada HSL, malah seluruh Sarawak.

“Walaupun pemergian beliau meninggalkan kesedihan mendalam, segala jasa, kepimpinan dan kenangan bersama Allahyarham akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

“Kami amat merindui Allahyarham Sudarsono,” menurut kenyataan itu.

BERITA LAIN

Pak Ngah Kembali Berlatih

KUCHING: Kuching City FC menerima perkembangan positif apabila penyerang Ronald Ngah Wanja atau Pak Ngah bersama dengan beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan kembali

BERITA TERBARU

PAS TIDAK LETAK CALON PADA PRU SARAWAK

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRN) Sarawak 2026 selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.