ARTIKEL

MENARIK...Info grafik laluan yang akan ditempuhi oleh pelari bagi kategori 42 Km HSL Samarahan Maraton

HSL Samarahan Maraton 2025 tawarkan hadiah RM39,500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: HSL Samarahan Maraton 2025, edisi ketiga, akan berlangsung selama dua hari bermula pada 14 dan 15 Jun tahun ini.

Acara ini menyasarkan penyertaan lebih 3,000 peserta dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM39,500.

BERGAYA…Antara wakil peserta yang terpilih dalam Anugerah Kostum Terbaik pada HSL Samarahan Maraton 2024

Berbanding edisi kedua yang menarik 2,800 peserta, penyelaras program, Stephen Sunny, yakin penyertaan kali ini akan lebih tinggi.

Setakat ini, lebih 800 pelari telah mendaftar dalam fasa awal, dengan slot separuh maraton (21 km) semakin cepat dipenuhi.

“Yuran pendaftaran bermula dari RM60 hingga RM139,” kata Stephen.

Acara ini merangkumi larian santai (6 km dan 3 km) pada malam Sabtu (14 Jun), manakala larian kompetitif (42 km, 21 km, dan 10 km) akan bermula dari jam 1 pagi hingga 5.30 pagi pada Ahad (15 Jun).

Anugerah Kostum Terbaik turut diadakan untuk menjadikan acara lebih meriah dan inklusif.

Lebih 200 sukarelawan dan penguat kuasa akan bertugas sepanjang laluan pertandingan, dengan sokongan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghantar 100 sukarelawan.

“Kami berusaha menjadikan HSL Samarahan Maraton sebagai salah satu maraton utama di rantau ini, mencontohi perlumbaan antarabangsa dan menerapkan amalan terbaik,” tambah Stephen.

Bagi peserta luar, penganjur bekerjasama dengan hotel Citadines Uplands Kuching dan Rume Hotel menawarkan diskaun istimewa serta pengangkutan ke garisan permulaan.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU