SIAPA SANGKA, di sebalik personaliti sebagai penyanyi dan pemain sape Bumi Kenyalang yang terkenal hingga ke peringkat Antarabangsa, gadis jelita berdarah Kelabit-Itali dari Sarawak, Alena Murang juga memiliki bakat besar dalam seni lukisan.
Menurut Alena, 34, biarpun dia banyak menghabiskan masa dalam bidang muzik, namun apabila terdapat kelapangan dan tidak mengembara, dia mula rindu untuk berkarya (melukis).
“Sebelum meraih nama dalam bidang muzik, lukisan merupakan cinta pertama saya sejak zaman kanak-kanak.
Bakat melukis juga merupakan galakan ibu yang melihat kecenderungan saya ke arah kesenian,” katanya.
Justeru, selepas meninggalkan pekerjaan korporat pada 2013, Alena mendapatkan Sijil Seni Visual di La Salle College of the Arts di Singapura sebelum beliau menyertai pameran berkumpulan di Taiwan, Kuala Lumpur dan Kuching.

“Pameran ini meraikan citra warna tanah tinggi Kelabit, citra warna harfi ah dan metafora yang merupakan bangsa, bahasa, suasana, cerita, tumbuh-tumbuhan dan burung dan di sekeliling ada banyak benda berwarna-warni dan memberikan kegembiraan untuk diraikan,” katanya semasa berucap pada Majlis Pembukaan Pameran ‘Colours of the Highlands’ barubaru ini.
Alena mempamer 51 koleksi lukisan yang dikumpulnya sejak 10 tahun yang lalu yang dinamakan sebagai ‘Colours of the Highlands’ merupakan hasil ideanya dalam studio persendiriannya yang berpusat di Kuala Lumpur.
Kebanyakan lukisan itu tercetus ketika dia berada di kampung halamannya di Long Peluan, Bario.
Menurut Alena, pameran lukisan pertamanya ‘Colours of the Highlands’ merupakan satu usaha untuk menyerlahkan semula warisan Kelabit menerusi memori.
Perkara tersebut disifatkan Alena sebagai cerita-cerita kontemporari Kelabit ke atas kanvasnya dan hasilnya gambaran indah yang berpaksikan kepada kebudayaan Sarawak.

“Pemeliharaan budaya adalah seperti gambaran hitam dan putih tetapi saya percaya pemeliharaan sesuatu budaya perlu dicampur dengan adaptasi perubahan kini.
“Justeru, ia dapat diwarisi dan diteruskan oleh generasi akan datang. Antara lukisan paling menonjol beliau ialah The Storyteller yang turut dibantu dengan audio dan kegemarannya, Pu’ Ayam.
MOTIF KELABIT
Beberapa bahagian pameran itu memaparkan motif pusaran Kelabit dinamakanl ‘arit’ yang dibuat berdasarkan gambar reka bentuk lama rumah panjang Kelabit.
“Saya pertama kali melihat pusaran ini dalam gambar hitam putih dan kemudian mendengarnya disebut dalam lagu tradisional kami.
“Ia dahulu diukir pada kayu dan batu, tetapi sekarang ia agak jarang kelihatan yang terus menjadi identiti dan jangkauan masa yang panjang.

Menghasilkan semula ‘arit’ dalam bentuk kontemporari dengan melihat semula rumah panjang dan seni lukisan lama merupakan satu cubaan untuk menghidupkan semula seni lukisan Kelabit.
Pameran Alena ialah pameran medium campuran, dengan memaparkan dakwat, kapur, akrilik, cat air, kanvas, kertas, rakaman audio dan abu daripada sebuah rumah panjang yang pernah terbakar.
Alena yang bekerjasama dengan pemilik Galeri Hoan, Hoan Kee Huang menghasilkan katalog lukisan dengan harga antara RM3,000 hingga lebih RM25,000.
“Lukisan yang bakal dipamerkan termasuklah lukisan fi gura dari awal tahun 2010-an dan kanvas potret besar yang siap pada 2018.
“Semua lukisan yang dipamerkan adalah untuk dijual. Meskipun agak sukar dan berasa sedikit sedih untuk melepaskan koleksi lukisan tersebut, saya berharap semuanya terjual semasa pameran,” ujarnya kepada pemberita semasa previu media pameran seni ‘Colours of the Highlands’ di Hoan Gallery La Promenade Mall.
Beberapa lukisan besar yang ditunjukkan lebih awal kepada media sebelum ini iaitu sebuah lukisan setinggi tujuh kaki yang bertajuk The Storyteller, 2017, dijangka menjadi tumpuan utama pada pameran itu.
MEMUKAU

Diiringi audio yang memukau dan memaparkan proses Alena menerima lagulagu daripada orang tua-tua di kampungnya, The Storyteller ialah karya yang harus dilihat dan dihayati para pengunjung.
Sewaktu dipelawa oleh Galeri Hoan setahun yang lalu untuk mempamerkan 51 koleksi hasil seni yang diolahnya selama 10 tahun, dia terus bersetuju kerana industri muzik agak sunyi pada awal tahun.
Berkongsi dengan pemberita bahawa dirinya tidak pernah merasa letih, bahkan mempunyai limpahan idea yang selalu ingin diluahkannya dalam setiap hasilan di studio peribadinya di Kuala Lumpur.
“Biarpun menghabiskan banyak masa untuk berkarya dari malam hingga ke pagi, saya tetap bertenaga, lukisan itu yang menyebabkan saya sentiasa bertenaga.
Alena menjadikan pelukis terkenal Belanda Vincent Van Gogh sebagai idolanya lantas meletakkan sasaran untuk mewujudkan stail lukisan dan menambah baik kemahiran seninya kelak.

Tambahnya, lukisan kegemaran yang dihasilkannya ialah gambaran seorang anak kecil lelaki bertajuk Pu’Ayam.
COMEL
“Lukisan anak ini sangat comel dan menarik dan budak ini berasal dari Long Banga, bersebelahan kampung saya.
“Melukis anak kecil ini memberikan saya kebahagiaan dengan dia merupakan anak kepada salah seorang rakan saya sendiri,” ujarnya.
Banyak sebenarnya idea yang ingin saya gambarkan menerusi lukisan dan seni ini sebenarnya saling berkaitan termasuk fesyen dan muzik.
Sementara itu Hoan dalam satu kenyataan berkata, dia berhasrat melihat artis Sarawak berkembang di arena kebangsaan dan antarabangsa.
“Bakat Alena menunjukkan potensi yang besar.
Saya rasa pertunjukan Alena terbukti sebagai salah satu pembukaan paling mengagumkan bagi manamana pelukis di Malaysia dalam masa terdekat.
“Sudah tentu ia akan diingati sebagai salah satu pameran lukisan terbaik di Sarawak pada masa ini,” kata Hoan.
Pameran Alena ialah pameran ‘medium campuran’, dengan memaparkan dakwat, kapur, akrilik, cat air, kanvas, kertas, rakaman audio dan abu daripada sebuah rumah panjang yang pernah terbakar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari hoangallery.com atau lapromenademall.com.my.
Anda boleh masuk percuma menyaksi pameran lukisan di Aras Tiga gedung beli-belah La Premonade Mall bermula 18 Mac lepas hingga 30 April ini.



