ARTIKEL

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian pelajar pada Program Citra Negara MDN Sekolah Selamat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat.

Hubungan PAS dan Bersatu berakhir seperti dijangka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU PAHAT: Pakatan Harapan (PH) menyifatkan rekod kerjasama politik PAS sering berakhir dengan perpecahan.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PAS sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa parti politik, namun hubungan tersebut tidak berkekalan.

Beliau berkata perkembangan terbaharu melibatkan PAS dan Bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan jika dilihat berdasarkan sejarah politik parti itu.

Menurutnya, kekuatan PH tidak bergantung kepada perpecahan pihak lawan tetapi dibina melalui kerjasama, kepercayaan dan saling menghormati antara parti komponen.

Kenyataan itu susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu yang diumumkan pada Isnin seperti dipetik Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU