ARTIKEL

Presiden Rusia, Vladimir Putin, semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hubungan Rusia-Malaysia berada pada tahap baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Hubungan antara Moscow dan Kuala Lumpur berada pada tahap yang baik dengan komunikasi berterusan antara pelbagai agensi kerajaan, kata Presiden Rusia, Vladimir Putin, semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menurut laporan agensi berita TASS.

Putin menyambut mesra keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan delegasi Seri Paduka Baginda ke Kremlin, sambil menekankan bahawa kedua-dua negara telah menjalin hubungan diplomatik selama hampir enam dekad.

“Dialog politik berada pada tahap yang baik. Kita berkomunikasi di peringkat kerajaan dan parlimen serta sentiasa berhubung,” kata Putin.

“Seperti yang saya nyatakan, kita sentiasa berhubung menerusi pelbagai jabatan. Pemimpin kerajaan melawat negara kita, dan saya juga mempunyai hubungan baik dengan mereka,” tegas beliau.

Presiden Rusia itu turut memuji peranan Malaysia dalam Kumpulan Pembangunan Strategik Rusia-Dunia Islam yang disifatkannya sebagai “alat kerjasama yang berkesan dan platform persefahaman bersama antara Rusia dan negara-negara Islam.”

Dalam pertemuan itu, Putin berkata beliau telah mengunjungi Malaysia sebanyak tiga kali dan menyimpan kenangan manis sepanjang lawatan itu.

“Saya tidak perlu menyebut tentang keindahan alam semula jadinya yang luar biasa. Kami sentiasa disambut dengan mesra dan penuh penghormatan. Saya dan para delegasi yang pernah ke negara Tuanku sentiasa mengenangnya dengan penuh rasa terima kasih.”

Beliau percaya lawatan negara Sultan Ibrahim ke Rusia akan membuahkan hasil yang bermakna.

“Namun begitu, saya berharap Tuanku dan para anggota delegasi akan berpeluang mengenali Moscow, sebuah daripada metropolis yang paling pesat membangun dan penuh dengan kehidupan di dunia,” katanya mengakhiri ucapan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi