ARTIKEL

Muhammad Abdullah Zaidel merakam gambar kenangan bersama Dr Maziah Che Yusoff semasa kunjungan rasmi ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya, hari ini.

Hubungan strategik tingkat kesejahteraan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Rakyat Sarawak bakal menerima manfaat yang lebih tersusun daripada program kebajikan kerajaan hasil kerjasama strategik antara delegasi negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Delegasi Sarawak yang diketuai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datuk Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff sebagai langkah memperkukuh hubungan institusi antara kedua-dua pihak.

Kunjungan tersebut menjadi platform penting untuk mempererat sinergi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan KPWKM, khususnya dalam memastikan penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar di negeri ini lebih berkesan dan tepat pada masanya.

Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak menekankan kepentingan penyelarasan dasar, pemantapan tadbir urus serta pengurusan sumber manusia.

Mereka turut berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan program kebajikan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi memastikan bantuan yang disalurkan lebih komprehensif dan inklusif.

Melalui kerangka kerjasama tersebut, komitmen bersama dizahirkan bagi menjayakan agenda pembangunan sosial secara lebih mampan, selaras dengan aspirasi kesejahteraan rakyat di peringkat negeri dan nasional.

Turut hadir mewakili delegasi Sarawak ialah Pengarah JKM Sarawak, Semawi Mohamad, dan Ketua Bahagian Kesejahteraan Sosial, Nurin Chunggat.

Sementara itu, delegasi KPWKM diwakili Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datin Safida Zalma Mohd Piah, dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Ungku Mariam.

Muhammad Abdullah Zaidel menandatangani buku pelawat semasa kunjungan rasmi ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka