ARTIKEL

Hubungkan semua laluan putus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan agenda pembangunan berjaya mengubah wajah pedalaman Kanowit hingga ke Kapit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kewujudan jalan raya menghubungkan kedua-dua kawasan itu membuktikan kejayaan besar kerajaan dalam usahanya menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Jika dahulu katanya, laluan perhubungan antara kedua-dua kawasan berkenaan sukar kerana hanya bergantung kepada sungai, namun situasinya bakal berubah tidak lama lagi.

“Suatu ketika dahulu untuk ke Sibu agak sukar kerana tidak ada jalan raya namun sekarang sudah berbeza.

Kewujudan laluan darat yang moden dan selesa bakal memudahkan urusan harian penduduk.

“Ia satu kejayaan besar kerajaan, sudah ada jalan raya. Ini pembangunan yang kita bawa dan ia tidak akan terhenti setakat ini,” katanya dalam majlis bersama-sama rakyat di Dewan Serbaguna JKKK Nanga Ngungun Kanowit, semalam.

Beliau berkata, pembangunan diteruskan hingga ke kawasan lain merangkumi pelbagai infrastruktur terkini, termasuk jambatan di Nanga Mujong, pembinaan laluan ke Baleh dan Belaga hingga ke Bintulu.

Projek berimpak tinggi itu katanya, bakal menjadikan keseluruhan kawasan zon tengah Sarawak mempunyai jalinan raya apabila ia siap sepenuhnya kelak.

“Saya datang ini, saya nak lihat dengan mata saya sendiri, ada orang bagi gambar macam-macam.

Tapi sekarang kita sudah menghubungkan semua laluan putus ini.

Bagaimanapun laluan penghubung ke Kapit itu belum siap sepenuhnya.

“Saya minta pihak berwajib buat penjadualan semula bagi memudahkan pengguna, selain memastikan projek pembinaan laluan terbabit dapat diteruskan.

Ada masa kita tutup untuk kerja dan ada masa kita bukakannya kepada pengguna. Kena atur betul-betul,” katanya.

Pada siri kunjungan sempena kembara bermotosikal ke Kapit itu, Abang Johari meluluskan pembinaan dewan masyarakat baharu bagi kegunaan masyarakat Nanga Ngungun.

“Lain-lain permintaan saya akan pertimbangkan.

Kita buat dewan dulu. Kalau ada NCR ada sini, mungkin kita boleh sukat dan bagi surat hak milik tanah.

Inisiatif ini sebagai sebahagian usaha untuk melonjakkan potensi kawasan ini dalam sektor pertanian.

Namun kita kena sukat dulu, kenal pasti status NCRnya,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha