ARTIKEL

FB Malaysian Meteorological Department

Hujan berterusan, angin kencang dijangka landa Sarawak bermula esok hingga 24 Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Berdasarkan analisis model cuaca terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran mengenai luruan monsun yang dijangka berterusan sehingga 24 Disember 2024.

“Keadaan ini diunjurkan akan menyebabkan hujan berterusan di beberapa kawasan termasuk timur Johor, Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan,” ujar satu kenyataan di Facebook Malaysian Meteorological Department

MET Malaysia juga menyatakan bahawa satu kawasan bertekanan rendah dijangka terbentuk di Sarawak antara 20 hingga 22 Disember 2024, yang berpotensi membawa hujan lebat.

Oleh itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikemaskini untuk timur Johor sehingga 20 Disember 2024, manakala Sarawak dan Sabah sehingga 22 Disember 2024.

Selain itu, MET Malaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan, berkuat kuasa sehingga 24 Disember 2024.

Ini dijangka menjejaskan aktiviti perkapalan dan memerlukan perhatian dari pihak berkuasa serta nelayan.

Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my dan mengikuti media sosial rasmi.

Pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca yang terkini dan sahih.

Orang awam diingatkan agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah