KUCHING: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Sarawak sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menyatakan, di Sarawak ia melibatkan dua bahagian iaitu Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
Manakala, di Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
Ia termasuk di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Terengganu (Kemaman); dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin).
Turut dijangka terlibat adalah Selangor; WP Kuala Lumpur; WP Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau); dan Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah).
Menurut MET Malaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


