ARTIKEL

PENGGUNA jalan raya meredah jalan yang dinaiki air semasa hujan di Bengaluru, India. | AFP

Hujan, ribut ragut 56 nyawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HYDERABAD: Hujan lebat dan ribut mengorbankan puluhan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak di negeri Uttar Pradesh, utara India.

Menurut laporan portal berita Hindustan Times pada malam Rabu, angka kematian di seluruh negeri meningkat kepada 56 orang.

Sebanyak 16 kematian dilaporkan di Daerah Prayagraj, 16 lagi di Bhadohi, sembilan di Fatehpur dan lima di Budaun.

Angin kencang turut mengakibatkan pokok tumbang serta merosakkan kediaman dan talian elektrik.

Sementara itu, kebanyakan penerbangan ke Delhi dilencongkan ke lapangan terbang Jaipur, Chandigarh dan Lucknow berikutan hujan lebat di wilayah ibu negara India (NCR) pada malam Rabu, menurut laporan media tempatan.

Jabatan Meteorologi India meramalkan cuaca buruk di utara negara itu yang mungkin menjejaskan beberapa jadual penerbangan, menurut Delhi International Airport Limited dalam satu nasihat perjalanan pada petang Rabu.

“Cuaca buruk mungkin menjejaskan operasi penerbangan ke dan dari Delhi,” menurut Air India menerusi hantaran di X.

IndiGo pula memaklumkan operasi penerbangannya turut terjejas akibat cuaca buruk di Delhi. – Bernama

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU