ARTIKEL

HUKUM MURPHY

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARU-BARU ini, telefon bimbit saya terjatuh di dalam mangkuk tandas sehingga mengakibatkan kerosakan.

Sangat kecewa apabila mengenangkannya kembali, namun apakan daya perkara sudah terjadi, nasi sudah jadi bubur.

Ia satu-satunya telefon bimbit yang saya ada untuk berurusan bersama-sama keluarga dan urusan kerja.

Saya mengambil keputusan membaiki telefon bimbit tersebut, namun kosnya sangat mahal sehingga mencecah lebih RM1,000.

Dilema seketika sama ada hendak membaikinya atau membeli telefon bimbit baharu dan sudah tentu kosnya bertambah mahal.

Semasa telefon bimbit saya pulih, saya “terlepas rezeki”.

Ada tawaran yang saya harus jawab segera, namun saya terlepas tawaran tersebut.

Ia tidak selesai di situ, pelbagai masalah berlaku kepada telefon bimbit tersebut, skrinnya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini tidak berlaku jika saya meletakkan telefon bimbit di dalam beg atau tidak membawanya ke tandas.

Jika saya memilih untuk tidak memperbaiki telefon bimbit dan memilih untuk membeli telefon baharu, pasti saya tidak berasa kecewa buat kali kedua selepas satu lagi kerosakan lain muncul.

Pasti anda pernah mengalami situasi yang hampir sama, situasi tersebut dinamakan “Hukum Murphy”.

Hukum Murphy atau “Undang-Undang Murphy” menganggap bahawa jika sesuatu perkara boleh menjadi tidak kena, kemungkinan besar ia menjadi tidak kena dan ia sering digunakan dalam konteks humoristik.

KEMUNGKINAN

Hukum Murphy muncul dalam pelbagai bentuk, tetapi ia menjelaskan bahawa jika ada kemungkinan untuk sesuatu menjadi tidak betul, maka pada akhirnya ia akan menjadi tidak betul.

Pernah ada versi lebih panjang daripada Hukum Murphy yang dikenali sebagai “Hukum Murphy Asal”.

Versi ini menyatakan; jika ada dua atau lebih cara untuk melakukan sesuatu dan salah satu cara itu dapat menyebabkan bencana, maka seseorang pasti melakukan cara tersebut.

Hukum Murphy bukan hukum sebenar yang diiktiraf sains atau undang-undang, tetapi lebih kepada pandangan umum yang sering digunakan dalam situasi yang mengalami masalah atau kegagalan.

Mengambil kira pengalaman lalu, pernah berlaku ketika saya menyiapkan tugasan sebanyak 40 halaman.

Secara tiba-tiba komputer riba yang saya gunakan diserang virus kerana kesilapan menekan pautan yang muncul pada skrin semasa melayari Internet ketika itu.

Malangnya, komputer tersebut terus tidak berfungsi dan satu-satunya cara untuk menghidupkan kembali adalah dengan set semula.

Akhirnya semua data hilang dan saya terpaksa mengulangi kerja tersebut dari awal dan lebih perit apabila dimarahi pensyarah yang mengatakan saya hanya memberikan alasan kepadanya.

Akibat lewat menghantar tugasan tersebut, markah saya dipotong dan subjek itu yang sepatutnya saya peroleh keputusan cemerlang, namun berakhir dengan gred B.

Meskipun kita tidak dapat sepenuhnya menghindari kemungkinan kegagalan atau masalah dalam kehidupan, ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi situasi tersebut.

Tetap tenang dan jangan panik.

Ketika kita berdepan situasi tidak menguntungkan atau kegagalan, penting untuk kita bertenang dan mengendalikan emosi diri. Panik hanya membuat situasi menjadi lebih buruk dan tidak membantu menyelesaikan masalah.

PENILAIAN SITUASI DAN SOLUSI

Setelah bertenang, kita perlu membuat penilaian dengan teliti dan mencari jalan penyelesaian isu yang dihadapi.

Fikirkan alternatif atau pelan tambahan yang dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah mendapat penyelesaian, ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jangan buat penangguhan untuk mengatasi masalah atau menunggu orang lain membantu.

Bertindaklah secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Belajar daripada pengalaman, setelah situasi diatasi.

Dengan mempelajari pengalaman tersebut, ia dapat memperkuat kemampuan kita dalam mengatasi situasi sulit pada masa depan.

Kadang-kala kita boleh antisipasi kemungkinan kegagalan atau masalah dengan mempersiapkan diri.

Dengan melakukan persiapan rapi, kita dapat mengurangkan kemungkinan terjadinya masalah atau kegagalan tersebut.

Ingatlah bahawa kegagalan atau masalah merupakan sebahagian daripada hidup dan kita tidak dapat menghindarinya.

Namun, dengan kekal tenang, menemukan solusi, bertindak cepat dan belajar daripada pengalaman, kita dapat mengatasi situasi tersebut dengan lebih baik dan menjadi lebih bersedia.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU