ARTIKEL

Hulurkan bantuan individu potensi bunuh diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kes berkaitan bunuh diri bukan lagi luar biasa pada hari ini.

Malah ia menjadi trend kehidupan masyarakat terutama di kawasan bandar.

Kes membunuh diri bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga kini berlaku dalam kalangan remaja.

Menurut kajian oleh Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2017, Kementerian Kesihatan mendedahkan, 11.2 peratus remaja dalam kelompok itu mempunyai idea untuk membunuh diri, sembilan peratus merancang untuk bunuh diri dan 10.1 peratus melakukan cubaan untuk bunuh diri.

Perlakuan remaja membunuh diri mengikut kajian itu berkait rapat dengan faktor biologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran, dengan faktor kemiskinan dan kegagalan akademik menjadi pendorong utama.

Faktor psikologi seperti kemurungan, skizofrenia, penyalahgunaan ubatan, alkohol dan gangguan personaliti turut mencetus kepada perlakuan bunuh diri.

Kajian

Peratusan itu diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat ke atas 30,496 sampel terdiri daripada pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 17 tahun (Berita Harian, 17 September 2018).

Mereka ialah pelajar di 212 sekolah menengah yang dipilih secara rawak di seluruh Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Pelbagai punca atau faktor yang menyebabkan terjerumusnya kepada niat untuk membunuh diri. Antaranya, seseorang yang mempunyai rasa ingin bunuh diri biasanya berasa diri berada dalam situasi terperangkap dan tiada harapan.

Perasaan putus harapan boleh mengakibatkan wujudnya keadaan dan harapan masa depan yang negatif.

Selain itu, kesedihan yang melampau boleh menjadi punca kecenderungan untuk membunuh diri.

Apabila berdepan dengan perubahan emosi, emosi berubah misalnya ada hari seseorang itu bersemangat dan secara tiba-tiba berubah murung.

Tidur merupakan cara untuk otak dapat memperbaiki kerosakan dan fungsinya.

Seseorang yang mengalami permasalahan tidur dalam tempoh yang lama boleh berdepan dengan kecederaan otak yang sukar diperbaiki.

Di samping itu, seseorang yang sedang mempersiapkan diri untuk membunuh diri mengurangkan interaksi sosial dengan keluarga dan rakan.

Tarik Diri

Mereka akan menampakkan penarikan diri daripada sebarang interaksi sosial dan ingin bersendirian.

Mereka memilih untuk bersendirian, menghindari aktiviti yang melibatkan khalayak dan tidak berkeinginan melakukan aktiviti yang pernah digemari dahulu.

Oleh yang demikian, peranan orang yang berdekatan dengan individu tersebut amat penting bagi menghindari niat untuk mem- bunuh diri itu berlaku.

Keluarga mahupun rakan sekerja harus memainkan peranan penting membantu individu yang mempunyai simptom untuk membunuh diri.

Sebagai individu yang melihat situasi ini, simptom tersebut memberi kesan bukan sahaja kepada mangsa yang mengalami, malah kepada masyarakat di persekitarannya.

Individu itu sendiri perlu mencari penyelesaian seperti berjumpa dengan pakar psikiatri atau pakar yang dapat menawarkan bantuan untuk mengurangkan tekanan emosi.

Sementara, individu terdekat perlulah memberi sokongan yang patut.

BERITA LAIN

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

Dapur rumah di awan biru

PETANG Ahad, saya terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching menggunakan pesawat milik kita rakyat Sarawak — AirBorneo. Selama ini, saya banyak menyunting pengalaman rakyat Sarawak

BERITA TERBARU