ARTIKEL

Hun Sen sambut pemimpin Vietnam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PHNOM PENH: Raja Kemboja Norodom Sihamoni tidak dapat menerima menghadap Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam To Lam pada Jumaat berikutan masalah kesihatan, menurut pengumuman Istana Diraja.

Dalam kenyataan, Istana memaklumkan bahawa baginda telah menyerahkan tugas rasmi kepada Hun Sen, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Pemangku Ketua Negara.

Majlis sambutan rasmi itu berlangsung di Istana Diraja dengan penuh istiadat, seperti dilaporkan agensi berita tempatan, Fresh News.

Lam mengetuai delegasi peringkat tinggi dalam lawatan rasmi sehari ke Kemboja atas jemputan Raja Norodom Sihamoni bagi memperkukuh kerjasama dua hala.

Tiada butiran lanjut didedahkan setakat ini.

Lawatan Lam dijangka memperkukuh hubungan diplomatik antara negara jiran itu.

Bekas Perdana Menteri Hun Sen kini memegang jawatan Presiden Senat dan Presiden Parti Rakyat Kemboja.-Bernama 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU