ARTIKEL

Hunger Tukang masak tepi jalan dan cef selebriti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ditayangkan di Netflix pada 8 April, filem Thailand berjudul Hunger mengisahkan tentang tukang masak jalanan berbakat, Aoy (Chutimon Chuengcharoensukying) yang mewarisi kedai keluarganya. 

Suatu hari, bakatnya disedari oleh tukang masak lain yang kebetulan menjamu selera di kedai milik keluarga Aoy. 

Dia menjemput Aoy menyertai mereka di restoran mewah bernama Hunger dan mengingatkan Aoy untuk tidak mensia-siakan bakatnya di kedai tepi jalan. 

Namun, untuk bekerja di restoran mewah di bawah bimbingan cef selebriti, hef Paul (Nopachai Chaiyanam) bukan sesuatu yang mudah.

Cef tersebut terkenal dengan sikapnya yang kejam dan tegas serta menyajikan hidangan mewahnya hanya untuk golongan kelas atas atau orang kaya. 

Aoy tidak putus asa dan melakukan pekerjaannya itu dengan penuh tekad.

Namun secara tidak sengaja, Aoy mengungkap sisi gelap Cef Paul dan dunia kulinari. 

Dia berhenti bekerja di restoran tersebut dan membina perancangan lain bagi meneruskan kerjayanya dalam dunia kulinari.

Filem arahan Sitisiri Mongkolsiri ini berdurasi dua jam 10 minit dan turut dibintangi oleh Gunn Svasti, Varit Leesavan dan Bhumibhat Thavornsiri. 

BERITA LAIN

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

BERITA TERBARU