ARTIKEL

Dr Wong (lima dari kanan) menerima pam picagari daripada Program Community Care Enrichment (CCEP).

HUS terima sumbangan pam picagari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hospital Umum Sarawak menerima sumbangan pam picagari daripada Program Community Care Enrichment (CCEP) bagi menyokong keperluan rawatan harian yang semakin meningkat.

Timbalan Pengarah (Perubatan) II HUS, Dr Wong Kee Ging berkata, sumbangan itu amat bermakna memandangkan peralatan tersebut digunakan secara berterusan dalam rawatan pesakit dan berdepan kadar penggunaan tinggi.

Katanya, sejak pandemik COVID-19, HUS menyaksikan peningkatan ketara jumlah pesakit, dengan lonjakan lebih jelas dalam beberapa bulan kebelakangan ini terutama selepas musim perayaan.

“Dalam situasi ini, kami amat menghargai sumbangan daripada masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tidak kira besar atau kecil, kerana ia memberi impak langsung kepada perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pam Picagari di lobi Hospital Umum Sarawak, hari ini.

Tambah beliau, peralatan seperti pam picagari lazimnya mempunyai jangka hayat sekitar 10 tahun di hospital berikutan penggunaan berterusan, berbeza dengan peralatan di rumah.

Justeru katanya, sumbangan oleh CCEP juga dilihat menepati keperluan hospital, memandangkan pemilihan peralatan perubatan perlu disesuaikan dengan fungsi dan kesesuaian penggunaan dalam persekitaran klinikal.

“Pihak hospital juga aktif menjalinkan kerjasama dengan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti, dan kami berterima kasih kepada semua penderma, atas sokongan berterusan mereka,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa sumbangan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada hospital utama, malah turut menyokong keperluan hospital kluster termasuk di Lundu dan Serian.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CCEP Yvonne Yee dan Pengerusi Sarawak Region National Council Member Theophilus Wong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai