ARTIKEL

HWC Coffee Malaysia sasar buka cawangan seluruh negara, antara bangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Dari Kiri Edmund Lai, Penny Chan, Zenda Ng Joe Huang, Penny Lin, KC Hoe, Sam Mak, Saturn and Rain

Selepas mencapai sasaran pembukaan kedai tahun lepas, rangkaian kedai kopi specialty terkenal HWC Coffee Malaysia menyasarkan untuk membuka tambahan 40 buah kedai jenama kopi specialty di seluruh Malaysia pada 2023, dan akan memperkenalkan Flagship store luar negara pertama di Brunei pada pertengahan bulan April.

Rangkaian kedai kopi itu juga akan mengendalikan Flagship Store dan Akademi Kopi di Malaysia mulai bulan Mei.

Natasha Sass Jack Tan, HWC Friend yang baharu dilantik, dan pengurusan HWC Coffee telah melancong ke Taiwan untuk mempelajari proses pembuatan kopi.

Sejak kedai jenama pertama HWC Coffee dibuka di pusat beli-belah 1Utama pada April 2022, rangkaian itu telah berkembang pesat dengan membuka 15 buah brand stores dalam masa 9 bulan sahaja.

Pada tahun 2023, HWC Coffee berjaya melancarkan kedai mini di tiga buah bangunan rumah inap yang terkenal, sehingga Februari, HWC coffee mempunyai 18 brand stores.

HWC Coffee Malaysia menganjurkan lawatan media “To Discover, To Satisfy” ke Taiwan untuk memperkenalkan HWC Coffee kepada orang awam.

Sebagai jenama rangkaian kopi specialty pertama Malaysia dan hab strategik untuk Asia Tenggara, HWC Coffee telah mengumumkan bahawa Flagship store luar negara pertamanya akan ditempatkan di Brunei, dan dijadualkan buka pada pertengahan bulan April.

Selain itu, HWC juga merancang untuk berkembang di luar wilayah Lembah Klang tahun ini, termasuk pembukaan di Pulau Pinang menjelang bulan April, dan mengejar peluang pengembangan di bandar-bandar utama.

Flagship store dan Akademi Kopi di Malaysia akan terletak di Klang Valley, kini sedang menjalani persiapan untuk pembukaan pada bulan Mei nanti, kata Ketua Pegawai Eksekutif HWC Coffee Malaysia, Zenda Ng.

Kedai utama akan menyediakan pilihan kopi yang lebih luas dalam kualiti dan julat harga yang berbeza untuk memenuhi pilihan yang pelbagai, manakala akademi kopi akan menekankan latihan barista, kursus pendek dan pengalaman kopi hujung minggu.

“Kami juga akan memperkenalkan perkhidmatan klinik kopi unik HWC Coffee dari Taiwan ke Malaysia dan melibatkan pelanggan tempatan serta penggemar kopi dengan cara yang menarik,” kata Ng.

HWC Coffee Malaysia menganjurkan lawatan media “To Discover, To Satisfy” ke Taiwan untuk memperkenalkan HWC Coffee kepada orang awam.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan HWC Coffee, syarikat itu menganjurkan lawatan ke Taiwan pada awal bulan Mac, dengan menjemput pengamal media dari Malaysia dan Brunei, pencipta kandungan dan rakan niaga mengalami proses penuaian kopi, pemprosesan kopi, pemanggangan dan pembungkusan di mana HWC Coffee diasaskan.

Matlamatnya adalah untuk mempromosikan komitmen HWC terhadap konsep “Dari Ladang ke Cawan” dan profesionalisme HWC Coffee.

Para peserta melawat ladang kopi terkenal di Alishan, Taiwan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kopi dan melihat sendiri penuaian kopi dan kaedah pemprosesan kopi.

Kumpulan itu juga melawat kedai panggang kopi di ibu pejabat HWC untuk melihat mesin pemanggang kopi udara panas penuh buatan Itali yang berteknologi tinggi, imf RM -60RAS, yang berharga RM 1.3 juta.

Sementara itu, HWC telah juga mengadakan acara di Taiwan untuk mengumumkan pelantikan selebriti Malaysia, Jack Tan dan Natasha Sass sebagai HWC Friends.

Rangkaian kedai kopi itu juga akan melancarkan biji kopi bermusim serba baharu sempena pembukaan kedai utamanya di Malaysia.

Dua koleksi tersebut ialah HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean dan HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Coffee Bean, dengan pensijilan Halal daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan.

HWC Taiwan Alishan Honey Roasted Coffee Bean ialah biji kopi istimewa berkualiti tinggi yang dihasilkan bersama oleh HWC Coffee dan Teofahza Specialty Coffee Studio, yang akan dijual secara eksklusif di kedai utama.

Manakala HWC HWC Ethiopia Yirgacheffe Roasted Specialty Coffee Bean akan tersedia pada bulan August di setiap kedai jenama.

Jack Tan (kanan) dan Natasha Sass dilantik sebagai HWC Friend.

Turut hadir termasuklah Pengasas HWC Coffee Malaysia, Hoe Kian Choon; Pengasas HWC Coffee Taiwan Penny Lin; Ketua Pegawai Strategi Saturn; Pengurus Perniagaan Global Rain; Perunding Pemasaran HWC, Sam Mak; Palaterium Sdn Bhd; Ketua Pegawai Operasi, Penny Chan;dan Pengarah Pemasaran, Edmund Lai.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai HWC Friend, Jack Tan berkata dia seorang pencinta kopi dan berbesar hati dapat bekerja dengan HWC.

“HWC Coffee ialah jenama kopi profesional dan saya teruja untuk bekerjasama dengan mereka dan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.”

Natasha Sass mendedahkan bahawa sebagai seorang pencinta kopi, kopi adalah minuman paling penting baginya untuk memulakan hari dan ia membuatkan dirinya berasa gembira, sama seperti membuat muzik, iaitu kedua-duanya sumber kebahagiaannya.

“Saya berharap dapat berkongsi kegembiraan dan muzik saya dengan semua orang melalui HWC Coffee.”

“Sebagai seseorang yang memberi perhatian kepada kualiti kopi, saya telah membeli produk HWC dan mencuba kopi drip bag mereka dan amat kagum dengan kualiti biji kopi mereka. Oleh itu, saya menerima pelawaan ini tanpa teragak-agak.”

Jack Tan dan Natasha Sass akan membuat penampilan selanjutnya di acara HWC Coffee pada masa hadapan.

Terima kasih kepada HOLIDAY INN EXPRESS TAICHUNG PARK, HOLIDAY INN EXPRESS CHIAYI AND HOTEL INDIGO TAIPEI NOTRH, EVERGREEN PALACE HOTEL, ICESPRING,THEFREEN BURGER

Untuk maklumat lanjut, sila layari

www.hwccoffee.my, laman Facebook

https://www.facebook.com/HWCmalaysia 

Instagram: @hwc_malaysia 

BERITA LAIN

Jangan leka, scammer kewangan menunggu mangsa

KUALA LUMPUR: Pelbagai pendekatan dan peringatan dilaksanakan, baik oleh pihak berkuasa ataupun institusi perbankan, namun jenayah penipuan kewangan dalam talian di negara ini masih menunjukkan

Kurangkan sampah

KEHADIRAN sebuah van biru kekelabuan di kawasan petempatan elit Sri Hartamas, Kuala Lumpur sukar untuk dilepas pandang. Masakan tidak, keadaan van itu agak daif dan

Curi hati 50,000 pengunjung

PESTA Benak Sri Aman 2023 berjaya menggamit sekitar 50,000 pengunjung tempatan dan luar. Diperkenal sejak 2001, ia menjadikan Sri Aman atau Simanggang mendapat jolokan Bandar

Guna sagu hasilkan fabrik batik

MAKANAN berasaskan sagu mentah atau yang dibuat tepung sudah tidak asing bagi penduduk di Mukah, tidak kira sama ada ia untuk hidangan makanan berlauk ataupun

Lambakan bazar Ramadan

Berniaga di bazar Ramadan sememangnya menjadi rebutan peniaga sebagai “lubuk rezeki”. Malah, penglibatan golongan muda dalam bidang usahawan juga menyumbang kepada lambakan gerai ketika Ramadan.

Kitar semula, mulakan dengan amalan kecil

SECARA purata, saban hari setiap rakyat Malaysia menghasilkan sekitar 1.17 kilogram sisa pepejal atau keseluruhan 36,699 tan. Berdasarkan data 2022 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan