ARTIKEL

PERTUKARAN MoA… Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (kanan), bertukar Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Naib Presiden Kanan Perniagaan Enterprise Emeritus bagi rantau Asia Pasifik (APAC), India dan Eropah, Manas Mainrai.

i-CATS buka akses pendidikan eksekutif bertaraf global di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kolej Universiti i-CATS kini membuka akses kepada pendidikan eksekutif bertaraf global di Sarawak menerusi kerjasama strategik dengan Emeritus, sebuah platform teknologi pendidikan (EdTech) antarabangsa yang bekerjasama dengan lebih 85 universiti terkemuka dunia.

Kerjasama yang dimeterai menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) semalam bertujuan memperluas peluang pembangunan profesional, kepimpinan serta kemahiran masa depan kepada golongan eksekutif, profesional dan organisasi di negeri ini, sejajar dengan keperluan industri yang semakin berkembang.

RAKAM KENANGAN… Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi merakam kenangan bersama Manas Mainrai serta wakil Emeritus yang lain selepas majlis pertukaran MoA.

Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen institusi berkenaan dalam memperkukuh pembangunan bakat di Sarawak melalui penyediaan akses kepada pendidikan eksekutif berkualiti tinggi dan relevan di peringkat global.

Menurut beliau, menerusi kerjasama berkenaan, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pembangunan dan pelaksanaan program pendidikan eksekutif, sijil profesional, penyelesaian pembelajaran yang disesuaikan serta pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti yang memenuhi keperluan industri di Sarawak.

“Usaha ini penting bagi memastikan tenaga kerja, golongan eksekutif dan pemimpin masa depan di negeri ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran serta pemikiran yang sesuai untuk menghadapi tuntutan industri yang semakin kompleks,” katanya dalam kenyataan selepas majlis pertukaran MoA di Hotel Sheraton di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika Sarawak terus mengorak langkah ke arah transformasi ekonomi dan pembangunan industri bernilai tinggi, tenaga kerja serta pemimpin masa depan perlu dipersiapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan pemikiran yang tepat bagi memenuhi tuntutan organisasi serta industri yang semakin mencabar.

Menurutnya, program yang bakal dilaksanakan akan memberi tumpuan kepada pelbagai bidang termasuk kepimpinan, pengurusan, transformasi perniagaan, keupayaan digital, analitik, inovasi dan keberkesanan organisasi.
“Dalam pada itu, i-CATS akan memainkan peranan utama bagi memastikan program yang dibangunkan selaras dengan keutamaan pembangunan modal insan Sarawak, keperluan industri serta kehendak peserta.

“Emeritus pula akan bertindak sebagai rakan strategik pelaksanaan pembelajaran dengan menyediakan kandungan pembelajaran berstruktur, kelas induk, aktiviti pembelajaran berasaskan aplikasi, sokongan digital, pemantauan program serta pensijilan,” katanya.

Emeritus merupakan platform teknologi pendidikan global yang komited untuk memperluas akses kepada pendidikan berkualiti tinggi serta pembangunan profesional.

Melalui kerjasama strategik dengan lebih 85 universiti terkemuka di Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Latin, Asia Tenggara, India dan China, platform itu menawarkan pelbagai program termasuk kursus jangka pendek, program ijazah, sijil profesional dan program eksekutif kanan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Perniagaan Enterprise Emeritus bagi rantau Asia Pasifik (APAC), India dan Eropah, Manas Mainrai, berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan i-CATS dalam memperluas akses kepada pendidikan eksekutif berkualiti tinggi serta peluang pembangunan profesional di seluruh Sarawak.

Menurut beliau, gabungan komitmen i-CATS terhadap pembangunan bakat dan pemahaman mendalam mengenai keperluan tenaga kerja tempatan dengan kepakaran Emeritus dalam menyediakan pengalaman pembelajaran bertaraf global mampu melahirkan pemimpin, profesional dan organisasi yang lebih bersedia menghadapi perubahan serta memacu inovasi.

Dengan menggabungkan teknologi pembelajaran terkini, inovasi kurikulum serta bimbingan daripada tenaga pengajar, mentor dan jurulatih berpengalaman, Emeritus telah memberi manfaat kepada lebih satu juta individu di lebih 80 negara, sekali gus menjadikannya antara penyedia pendidikan profesional digital yang berpengaruh di peringkat global.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat