ARTIKEL

I love you Stupid di slot AKASIA TV3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Diadaptasi daripada novel karya Melur Jelita, I Love You, Stupid kini di kaca televisyen untuk menemani penonton menerusi slot Akasia dan mula ditayangkan pada 14 November lalu. 

Drama terbitan Global Station Sdn.Bhd dengan 40 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan penulisan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim. 

Lebih menarik, drama ini menampilkan gandingan serasi Ezzanie Jasny dengan penyanyi rap popular tanah air, MK K-Clique. 

Ia juga dibintangi pelakon tanah air berbakat seperti Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati dan ramai lagi. 

Drama ini mengisahkan Iris Nur (Ezzanie Jasny), wanita “diva” yang pernah bersengketa dengan Inspektor Ebrahim (MK K-Clique) apabila cubaan untuk melepaskan diri 

daripada saman memandu secara berbahaya.

Iris tidak menyangka dia bertemu kembali dengan Inspektor Ebrahim yang dilantik sebagai Pegawai Penyelarasan Kor Suksis di universitinya. 

Kemudian, Iris terputus hubungan dengan Inspektor Ebrahim selepas tamatnya majlis penyampaian sijil Kor Suksis.

Iris membuka lembaran baharu dengan menyertai misi kemanusiaan di Ijora.

Iris tidak menyangka hidupnya berubah selepas bertemu dengan Firman di situ. 

Firman diupah oleh ayah Iris sebagai pengawal peribadi Iris. 

Siapakah sebenarnya Firman dan apakah yang berlaku antara mereka berdua?

Jom saksikan drama I Love U Stupid, setiap Isnin hingga Jumaat pada 7 malam di slot Akasia TV3.

LAIN-LAIN BERITA

Afieq Shazwan kemalangan di Krabi

PELAKON Afieq Shazwan memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand baru-baru ini menerusi muat naik status di Instagram story miliknya. Bagaimanapun, Afi

Uhm Jung Hwa masih bujang

UHM JUNG HWA baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara Lee So Ra di saluran YouTube dengan mendedahkan banyak perkara tentang kerjaya dan hubungan percintaannya.

Hazama Azmi menyesal tidak dalami al-Quran

PENYANYI, Hazama Azmi, 40, mengaku menyesal tidak mendalami al-Quran dan kurang fokus dalam pelajaran ketika bersekolah dahulu.  “Kepada adik-adik, jangan main-main, rugi. Nanti apabila umur

Puteri Balqis jelita persis Fasha Sandha

MENERUSI perkongsian di TikTok, usahawan Alha Alfa berkongsi tatarias wajah pelakon Puteri Balqis yang dipadankan dengan mahkota ala-ala pengantin.  “Teka siapa? Siapa nak cara solek

Pesanan Azhar kepada anak raih perhatian

TULAR satu gambar beserta kapsyen yang dimuat naik di Instagram milik pelakon, Azhar Sulaiman yang meraih perhatian warganet. “Buat semua anak-anak saya, setiap kali raya

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial