ARTIKEL

Ibarat tenunan pua kumbu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kemegahan Sarawak yang diibarat seperti tenunan pua kumbu, keringkam atau songket mempunyai nilai yang tinggi kerana identiti tersendiri yang dimilikinya.

Adun Layar Gerald Rentap Jabu berkata, generasi hari ini harus menyedari betapa Sarawak cukup istimewa. Menurutnya, seperti perumpamaan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di bumi sendiri.

“Bumi Kenyalang suatu produk yang begitu megah. Diibarat seperti tenunan pua kumbu, keringkam atau songket mempunyai nilai yang tinggi.

“Dibentuk oleh ribuan benang atau masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian. Sehingga, kita mampu melindunginya daripada sebarang cabaran.

“Justeru, sebagai anak Sarawak, tiada yang lebih bermakna dapat kembali atau berada di tanah tumpah darah ini kerana ia menjanjikan perpaduan dan keharmonian.

“Ini menunjukkan betapa pentingnya Sarawak dalam kehidupan kita,” katanya ketika ditanya keistimewaan Sarawak bersempena ulang tahun Hari Sarawak di sini, kelmarin.

Selain itu jelasnya, Sarawak hari ini tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Pelbagai projek Kerajaan GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Kerajaan Persekutuan akan menjadi agen perubahan terutamanya kepada kawasan pedalaman. “Ini sekali gus membuktikan kesejahteraan rakyat diutamakan.

“Perjuangan Kerajaan GPS untuk mempertahankan dan mengembalikan hak-hak mesti diteruskan kerana ini akan memastikan Sarawak lebih maju menjelang 2030,” ujarnya.

Anak Sarawak, tambah Rentap juga istimewa ekoran terdapat huruf ‘K’ dalam kad pengenalan yang menjadi kebanggaan. “Ia mentafsirkan kita sebagai anak Sarawak.

Oleh itu saya ingin mengingatkan generasi muda agar mengenang kembali sejarah pembangunan Sarawak sejak dahulu sehingga ke hari ini.

“Begitu juga dalam menambah ilmu, gunakan peluang yang disediakan kerajaan sebaik-baiknya agar suatu hari kelak kita dapat menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara,” jelasnya.

Beliau mengajak rakyat negeri ini untuk terus bersama-sama menjaga dan menyayangi Sarawak. Selamat menyambut Hari Sarawak. Utamakan Sarawak! Sarawak Kita Empun!

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu