PELAKON kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata pertama, menerima hadiah barang kemas daripada ibu mentuanya sempena genap sebulan kelahiran anaknya.
Dalam video yang dikongsikan, jelas kelihatan kemesraan antara Atikah dengan ibu mentuanya.
Ibu mentuanya datang dari belakang lalu menyarungkan seutas rantai emas kepada Atikah, selepas terlebih dahulu menghadiahkan seutas gelang kepada cucunya.
Menurut Atikah, walaupun dia tinggal berjauhan dari keluarganya di Singapura, dia sentiasa dilayan dengan baik oleh keluarga mentuanya.
Bahkan, kemesraan antara menantu dengan ibu mentua ini mendapat pujian orang ramai.
“Atikah sangat bertuah, walaupun keluarga jauh di Singapura dan duduk dengan mentua tapi dia tak pernah rasa tersisih.
“Inilah yang sepatutnya, kerana kebiasaannya hanya bayi yang menerima hadiah, sedangkan si ibu yang bertarung nyawa sering dilupakan.
“Dia menantu yang baik, jadi dia dapat pun mentua yang baik,” ujar orang ramai dalam ruangan komen.






