ARTIKEL

IBU SEGALA BAJET

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELANJAWAN 2021 yang dibentangkan pada 6 November ini disifatkan sebagai ibu segala bajet.

Sudah pasti belanjawan pada kali ini bakal menyaksikan hala tuju negara dalam menyelesaikan krisis yang melanda negara.

Hakikat negara kini berdepan tiga krisis termasuk kesihatan, ekonomi dan politik pada masa yang sama.

Penganalisis ekonomi berpendapat Belanjawan 2021 sepatutnya memfokus kepada isu yang memihak kepada rakyat seperti mewujudkan pekerjaan dan sebagainya.

Justeru, penganalisis perlu memikirkan satu kaedah bagaimana membantu rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan ketika ini.

Pekerja yang diberhentikan berumur 40 tahun ke atas kini mengalami kesulitan dalam mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan.

Kerajaan perlu memikirkan kaedah dalam membantu golongan ini untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Mengikut data, lebih 800,000 orang kehilangan pekerjaan.

Ramai rakyat menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan terjejas akibat penularan Covid-19.

Perlu diingat ekonomi rakyat membabitkan ekonomi negara, harus ada pendekatan pembangunan mereka.

Pekerja juga tonggak kepada kestabilan ekonomi negara.

Ironi kerajaan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu pemulihan ekonomi negara yang terjejas sekali gus menjadikan Malaysia contoh kepada negara lain.

Sektor Ekonomi Terjejas

Malaysia juga antara negara yang pantas pulih daripada kesan penularan pandemik Covid-19.

Dalam krisis kesihatan kewangan ketika ini, walaupun banyak sektor terjejas, tetapi terdapat sektor yang mencatatkan peningkatan seperti farmaseutikal dan sarung tangan getah termasuk pengusaha kecil yang terbabit dalam industri makanan dan bekalan.

Ada juga bahagian ekonomi yang mengaut keuntungan.

Kita lihat pada konteks yang kecil seperti di kawasan luar bandar, pengusaha kedai runcit dan bekalan mendapat permintaan serta meningkat.

Pembeli tidak keluar ke bandar, hanya tertumpu kepada kedai kecil sekitar kediaman mereka.

Begitu juga pengusaha makanan, disebabkan larangan pekerja asing, pengusaha makanan tempatan semakin meningkat dan memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat.

Selain itu, Ahli Parlimen kedua-dua blok pembangkang dan kerajaan perlu bekerjasama dalam merencanakan hala tuju Belanjawan 2021 sebagai agenda untuk rakyat.

Seperti perkara yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semua Ahli Parlimen perlu mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 yang dibentangkan dapat diluluskandemi kepentingan rakyat dan negara.

Perdana Menteri turut meminta semua pihak meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala kepentingan lain.

Belanjawan 2021 menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, rakyat dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Inisiatif yang bakal diumumkan mampu meringankan beban ditanggung oleh semua pihak dalam menghadapi tempoh sukar sekarang.

Sesungguhnya Kerajaan Perikatan Nasional terus mencari jalan terbaik untuk mengurus krisis besar yang sedang dihadapi ketika ini.

Matlamat kita hanyalah satu iaitu untuk menang dalam melawan Covid-19 dan memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat sentiasa terbela.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium