ARTIKEL

Ibu tunggal bayar RM371,000 untuk pinjaman RM10,000, masih diganggu along

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa pihak berkuasa segera membuka kertas siasatan menyeluruh terhadap dakwaan penindasan, ugutan dan kutipan hutang melampau oleh sindiket along di Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim, menyatakan pertubuhan itu menerima banyak aduan di negeri ini yang melibatkan rampasan kenderaan, penyebaran maklumat peribadi dan gangguan psikologi terhadap mangsa.

Lima mangsa hadir pada sidang media di pejabat MHO Kuching, dengan kenderaan dirampas tanpa perintah mahkamah, bayaran balik mencecah ratusan ribu ringgit, dan kad bank dipegang selain diugut di rumah sendiri.

Walaupun kesemua mangsa sudah membuat laporan polis, aduan mereka hanya dikelaskan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) tanpa sebarang perkembangan atau kertas siasatan dibuka seperti dilapor Bernama.

Susulan itu, MHO merancang menghantar surat representasi rasmi kepada Ketua Polis Daerah bagi mempertimbangkan semula status kes di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, sebelum membawanya kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak dan, jika tiada maklum balas, memohon arahan Order to Investigate (OTI) daripada Bahagian Pendakwaan Negeri.

BERITA LAIN

Projek mega perlu utamakan kesejahteraan rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan projek mega dan bangunan berskala besar perlu mengutamakan kesejahteraan awam supaya tidak mengecewakan rakyat. Beliau menyampaikan

BERITA TERBARU