ARTIKEL

Kredit: Bernama

Ibu Zara Qairina mohon jadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 Mac depan untuk mendengar permohonan ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menjadi pihak berkepentingan dalam semakan kehakiman yang difailkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membatalkan prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu itu.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam Shahlan Jufri dan Rizwandean M Borhan memaklumkan mahkamah bahawa mereka telah memfailkan permohonan terbabit pada 23 Dis lepas, bagi pihak ibu Zara iaitu Noraidah Lamat.

Dalam permohonan itu yang disokong oleh afidavit, Noraidah selaku waris terdekat berkata dia mempunyai kepentingan langsung dan ketara dalam prosiding dijalankan serta hasil inkues termasuk penemuannya.

Noraidah menyatakan bahawa pemohon, Presiden Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Semangat Bersatu Malaysia (Pembela) tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung dalam prosiding inkues dan pembatalan inkues itu akan menjejaskan hak statutorinya untuk memperoleh penyiasatan yang menyeluruh, sah dan sewajarnya mengenai punca kematian.

Pada 21 Nov 2025, Pembela memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya membatalkan keseluruhan inkues atas alasan ia dijalankan di bawah Kanun Tatacara Jenayah Persekutuan dan bukannya mengikut Ordinan Inkues 1959.

NGO itu berhujah bahawa undang-undang Sabah yang khusus menyediakan jaminan prosedur dan wajar diguna pakai dalam inkues berkenaan serta memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Ordinan Inkues 1959 sebagai undang-undang terpakai dan mengetepikan prosiding yang sedang berlangsung. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang