ARTIKEL

FOTO FB Awam

Ibu Zara Qairina pertikai catatan diari ‘benci ibu’ di inkues

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Ibu Zara Qairina Mahathir mempertikai kesahihan beberapa catatan diari yang mengandungi luahan kebencian terhadapnya ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner, sambil menegaskan beliau tidak pernah melihat anaknya yang berusia remaja itu menulis sedemikian.

Noraidah Lamat, 46, menyatakan catatan berkenaan tidak semestinya hasil tulisan arwah kerana sesiapa sahaja boleh menghasilkannya, lalu tidak bersetuju dengan pandangan bahawa ungkapan dalam eksibit itu mewakili perasaan Zara Qairina.

Saksi itu menolak cadangan Pegawai Pengendali Inkues Nahra Dollah bahawa secara logiknya tiada orang lain berhak menulis kata-kata tersebut, selain menegaskan beliau mengenali anaknya dan tidak menolak kemungkinan penulisnya individu lain.

Walaupun mengakui bahasa dalam helaian yang memuatkan namanya itu kasar, Noraidah turut memaklumkan beliau tidak pernah dimaklumkan bahawa rakan Zara Qairina menyimpan rasa tidak puas hati terhadapnya seperti dilapor Bernama.

Beliau mengesahkan arwah memang gemar menulis diari yang kebanyakannya berkisar tentang persahabatan dan aktiviti harian, manakala inkues kematian itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung pada 12 Okt.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU