ARTIKEL

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan cenderahati kepada pesara JMS sambil disaksikan hadirin yang lain.

ICOMOS platform ketengah budaya, warisan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perhimpunan Agung dan Simposium Majlis Antarabangsa Mengenai Tapak dan Monumen (ICOMOS) ke-22 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Oktober hadapan menjadi platform untuk Jabatan Muzium Sarawak (JMS) mengetengahkan budaya dan warisan Malaysia kepada pakar warisan dari seluruh dunia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ICOMOS yang berlangsung 17 hingga 24 Oktober itu dijangka menghimpunkan lebih 1,500 pakar dan penggubal dasar warisan dari 110 negara.

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada
Majlis Malam Apresiasi 2026 Jabatan Muzium Sarawak.

Katanya, peluang tersebut turut dimanfaatkan JMS dengan menganjurkan empat program khas sepanjang persidangan berkenaan bagi memperkenalkan keunikan warisan dan budaya tempatan kepada pengunjung antarabangsa.

“JMS turut menganjurkan empat program khas iaitu Night at the Museum: Sarawak Authentic Gastronomy, Sarawak Museum Talk, Sarawak Museum Heritage Walk, dan khidmat Tour Guides di tapak-tapak warisan bagi mengetengahkan keunikan kulinari, sejarah, serta seni budaya tempatan kepada pengunjung antarabangsa,” katanya berucap pada Majlis Malam Apresiasi 2026 Jabatan Muzium Sarawak di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Selain itu Abdul Karim berkata, JMS juga bersiap sedia menganjurkan Persidangan Warisan Sarawak 2026
pada 23 hingga 24 November 2026 bagi menghimpunkan pakar, penyelidik, dan pengamal budaya untuk memelihara serta mempromosikan warisan budaya dan alam semula jadi Sarawak.

Justeru, beliau menyeru seluruh warga JMS agar mengekalkan standard dan integriti tertinggi dengan mempertahankan tahap tatakelola dan ketelusan pengurusan dalam semua aspek, selaras dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha