ARTIKEL

Lee Kim Shin (dua kanan) melawat PLBN Jagoi Babang di sempadan Malaysia-Indonesia, hari ini. | Foto: Mohd Alif Noni

ICQS Serikin bernilai RM50 juta mula dibina tahun ini, dijangka siap 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Projek pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin mula dibina tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Menurutnya, projek bangunan bernilai RM50 juta hasil peruntukan Kerajaan Persekutuan itu kini pada fasa penilaian akhir dan dijangka siap dan mula beroperasi menjelang 2027.

Beliau berkata, kementeriannya sering mendapat aduan dan gesaan daripada orang ramai mengenai keperluan ICQS Serikin selepas Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Jagoi Babang, Indonesia mula beroperasi.

“Selepas ICQS Serikin mula beroperasi kelak, perjalanan rentas sempadan mungkin dibuka kepada pemegang pasport, dan ini akan menyaksikan kemasukan pelancong yang besar antara Malaysia dan Indonesia.

“Pada masa ini, perjalanan rentas sempadan di sempadan Serikin-Jagoi Babang hanya terhad kepada pemegang Pas Lintas Batas (PLB), yang mana hanya mereka yang bermastautin di daerah Bau (Sarawak) dan daerah Jagoi Babang (Indonesia) sahaja layak memohon.

“Oleh kerana peruntukan sudah disalurkan, kita akan membina ICQS Serikin tahun ini juga serta membina jalan raya sepanjang 2 kilometer hingga ke PLBN Jagoi Babang di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika melawat PLBN Jagoi Babang di sempadan Malaysia-Indonesia, hari ini.

Kim Shin pada masa sama mendedahkan bahawa lawatanya pada hari ini juga memastikan bangunan terbabit (ICQS Serikin) setaraf atau berfungsi seperti PLBN Jagoi Babang, Indonesia.

Beliau menyuarakan harapan agar semua agensi berkaitan dapat melihat fasiliti yang ada di PLBN tersebut untuk dijadikan contoh dalam pembinaan ICQS Serikin.

“Ini termasuk reka bentuk laluan khas bagi kenderaan berat dan biasa bagi memastikan kelancaran operasi nanti.

“ICQS di sini (Jagoi Babang) nampaknya cukup moden dan juga cukup canggih dan semua alat di sini nampaknya sangat teratur dengan adanya laluan khas bagi pihak kastam memeriksa kenderaan.

“Sebab itu apabila ICQS kita siap di Serikin nanti, kita mahu sistemnya berjalan dengan baik, terdapat laluan untuk kenderaan biasa serta laluan untuk lori, malah tiada timbulnya masalah seperti kesesakan dan sebagainya,” jelasnya.

Jelasnya, menerusi kenyataan daripada Jabatan Imigresen Sarawak, kira-kira 1,000 pengunjung melalui pos sempadan Jagoi Babang setiap minggu, dengan majoriti daripadanya melawat Pasar Jalan Serikin yang terkenal, terutamanya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Malah katanya, PLBN Jagoi Babang merupakan laluan terdekat ke Singkawang dan Pontianak dari Sarawak.

“Oleh itu, kami berharap agar ICQS Serikin dapat selesai dengan cepat untuk memudahkan aktiviti perdagangan dan pelancongan di kawasan sempadan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Fatin Afeefa undur diri

»FATIN AFEEFA lama tidak memunculkan diri dalam dunia hiburan ternyata nekad untuk mengundurkan diri kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang. Memetik media tempatan, Fatin mengambil

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One