ARTIKEL

IDECS 2024 berakhir dengan inisiatif pacu masa depan mampan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersama-sama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) berjaya menganjurkan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2024.
Bertemakan “Kecerdasan Buatan (AI) untuk Pembangunan Lestari: Mengemudi Masa Depan Mampan dan Hijau”, IDECS 2024 tamat semalam selepas berlangsung dua hari dengan perbincangan dan sesi dialog yang berkesan.

SDEC dalam kenyataan hari ini memaklumkan persidangan itu menarik lebih 2,500 peserta yang meneroka kesan transformasi AI dalam memacu pembangunan mampan.

“Persidangan ini menekankan peranan kritikal AI dalam memajukan teknologi hijau dan mempromosikan ekonomi kitaran, dengan pandangan daripada pemimpin global dan inovator menumpukan kepada memanfaatkan AI untuk kemampanan,” menurut kenyataan itu.

Persidangan itu berakhir dengan majlis makan malam gala dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.

Dalam ucapan penghargaan, Julaihi mengiktiraf peranan IDECS dalam mewujudkan organisasi yang penting bagi pertumbuhan ekonomi Sarawak.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, IDECS memainkan peranan utama dalam penubuhan institusi penting seperti Bank Pembangunan Sarawak, SMA dan SDEC. Institusi ini penting dalam memajukan inisiatif dan dasar yang memperkukuh strategi ekonomi digital dan kekal penting dalam membentuk masa depan Sarawak sebagai negeri yang diperkasakan secara digital,” katanya.

Pada majlis makan malam gala penutup itu, Anugerah Ekonomi Digital (DEA) 2024 yang dianjurkan buat kali ketiga oleh SMA disampaikan kepada penerima lima kategori, masing-masing menerima hadiah RM10,000.

Selain itu, Anugerah Ekonomi Digital Premier bernilai RM20,000 dianugerahkan kepada pemenang terpilih daripada kategori berkenaan.– Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke