PELAKON Idzham Ismail mendedahkan pernah menerima tawaran mempromosi judi dalam talian dengan bayaran lumayan.
Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 35, berkata, jumlah yang ditawarkan turut membuatkan dia tertarik dengannya.
“Mereka tawarkan pada saya banyak kali dengan jumlah yang besar dan sangat menggoda,” katanya menerusi Instastory miliknya.
Bagaimanapun, Idzham menolak tawaran itu kerana ia melanggar prinsip dan hukum ditetapkan dalam Islam.



