ARTIKEL

Mohammad Shahadam meraih RM12,000 selepas menjuarai GP Belawai Siri II dengan menewaskan 323 peserta lain di Pantai Belawai.

Ikan gerut 1.6 kilogram bawa tuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Ikan gerut seberat 1.6 kilogram membawa tuah kepada Mohammad Shahadam Sahminan dari Mukah apabila muncul juara Pertandingan GP Belawai Siri II di Pantai Belawai, di sini, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 selepas berjaya menaikkan ikan gerut berkenaan sebagai tangkapan terbaik pertandingan.

Tempat kedua yang menawarkan hadiah RM3,000 diraih Mohamad Isa Alias manakala tempat ketiga diraih Ahmad Udar yang masing-masing menaikkan ikan pari seberat 358 gram dan 328 gram.

Pertandingan anjuran Jabatan Perikanan Laut Malaysia dengan kerjasama Iftitah Restaurant & Resort itu merekodkan penyertaan 324 pemancing, meningkat berbanding 315 peserta pada siri pertama.

Daripada jumlah keseluruhan itu, empat pemancing dari Brunei Darussalam turut menyertai pertandingan yang berlangsung di Pantai Belawai.

Acara pelepasan peserta disempurnakan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Ir. Yusuf Abd Wahab, yang menyifatkan penganjuran program itu sebagai wadah memperkembangkan sukan memancing di kawasan berkenaan.

Penganjuran pertandingan berkenaan bukan sahaja memberi ruang kepada kaki pancing menguji kemahiran, malah membuka peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Majlis penangguhan pertandingan kemudian disempurnakan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh yang juga ADUN Belawai.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu