ARTIKEL

Gambar hiasan

Ikat kanak-kanak pada kerusi, pengasuh didenda RM20,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pengasuh kanak-kanak terima padah apabila dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana menganaiya anak asuhnya dengan mengikat menggunakan kain atas sebuah kerusi hingga menyebabkan badan mangsa mengalami cedera lebam.

Carol Phan, 22, dari Batu Kawa itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menganaiya dengan mendera kanak-kanak lelaki tersebut di sebuah rumah di Jalan Hup Kee, Taman Hui Sing, sekitar jam 3.00 petang, 4 Disember 2025.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Musli memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Bagi tambahan hukuman, mahkamah memerintahkan tertuduh bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan jaminan RM2,000 beserta seorang penjamin tempatan mengikut Seksyen 31(2)(a) AKK 2001.

Musli juga memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat selama 100 jam dan perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan berdasarkan Seksyen 31 (2) (b) AKK 2001.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan bapa kandung mangsa mengambil anaknya dari rumah asuhan menyedari terdapat kesan lebam pada perut hingga bahagian belakang mangsa.

Kemudian, pengadu membawa anaknya ke sebuah klinik dan pegawai perubatan meminta pengadu membuat laporan polis, kerana mengesyaki kesan lebam di bahagian perut, dan badan mangsa merupakan kesan dera.

Tangkapan dilakukan terhadap tertuduh pada 12 Disember 2025 di kediamannya dan sebuah kerusi rotan serta sehelai kain batik yang telah dikoyakkan turut dirampas.

Hasil siasatan mendapati tertuduh merupakan pengasuh mangsa telah menganaiya hingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian kerana hilang sabar apabila mangsa terlalu aktif.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmawi Nur Haqim Mokhtar, manakala tertuduh diwakili Peguam Dennis Chan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan