ARTIKEL

GAMBAR FAIL

Ikhlaskah DAP cadang tubuh jawatankuasa dwipartisan? – Fadillah Yusof

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempersoalkan keikhlasan DAP dalam cadangan menubuhkan jawatankuasa dwipartisan dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi memperjuangkan hak minyak dan gas Sarawak.

Menurutnya, GPS sudah lama konsisten dalam perjuangan tersebut, namun DAP lebih banyak mengkritik daripada menunjukkan kesungguhan dalam isu itu.

“Saya sendiri tidak pasti sama ada ini tujuan politik atau ada keikhlasan. Perjuangan (hak minyak dan gas) di bawah GPS memang jelas dan konsisten sejak dulu.

“Tetapi DAP, saya tidak pasti sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan mereka. Jika mereka ikhlas, kenapa sebelum ini lebih banyak mengkritik GPS dalam perjuangan ini?” katanya dalam sidang media selepas Program Santuni Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kampung Empila, Samarahan, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata DAP tidak perlu menubuhkan jawatankuasa untuk menyokong usaha menuntut hak Sarawak, sebaliknya cukup dengan memberi sokongan di Parlimen.

“Sokonglah di Parlimen, beri suara yang kuat di sana. Tak perlu jawatankuasa. Mereka sendiri sudah tahu apa yang boleh dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, DAP Sarawak mengusulkan penubuhan jawatankuasa dwipartisan antara parti itu dengan PBB bagi memperjuangkan tuntutan hak minyak dan gas negeri itu.

Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Dwipartisan Minyak dan Gas yang dianggotai oleh DAP dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi merangka strategi bersama dalam memperjuangkan hak negeri.

Cadangan tersebut dikemukakan menerusi satu memorandum yang dihantar ke Pejabat Premier Sarawak hari ini, yang menggariskan cabaran serta rancangan kerjasama politik antara DAP dan PBB bagi memperkukuh kuasa negeri dalam menguruskan sumber minyak dan gas sendiri.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha