PASUKAN petanque IKMAS mencipta kejayaan dalam Kejohanan Petanque Piala Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak apabila meraih naib juara dalam kategori agensi Islam dan tempat ketiga dalam acara berkumpulan.
Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Petanque Sarawak, Santubong ini menyaksikan penyertaan daripada pelbagai agensi Islam di Sarawak, termasuk Majlis Islam Sarawak, HIKMAH, Tabung Baitulmal Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), dan banyak lagi.
Kejohanan ini juga menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi-agensi Islam di negeri ini.
Penyertaan IKMAS dalam kejohanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pasukan IKMAS bagi bersaing secara sihat dalam sukan petanque, sambil meningkatkan keyakinan dan pembakar semangat pasukan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.



