ARTIKEL

Ikrar Sebulan Tingkat Kecekapan Pelaksanaan Projek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak terus memperkukuh tadbir urus projek menerusi pelaksanaan inisiatif ‘ikrar sebulan’ bagi meningkatkan penyampaian projek serta mengurangkan risiko kelewatan.

JKR Sarawak berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan kontraktor menunjukkan komitmen awal pencapaian hasil kerja dalam tempoh satu bulan pertama pelaksanaan projek.

“JKR Sarawak akan memantau secara rapi pelaksanaan ikrar yang ditandatangani oleh para kontraktor bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

“Pelaksanaan ikrar sebulan ini mencerminkan komitmen berterusan JKR Sarawak dalam meningkatkan kecekapan penyampaian projek, mengurangkan risiko kelewatan serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi susulan Sesi Menandatangani Ikrar Sebulan Bilangan 7/2026 di Bilik Mesyuarat Direktorat, Aras 19, Wisma Saberkas, hari ini.

Menurut JKR, projek yang terlibat dalam sesi tersebut ialah kerja-kerja menyiapkan baki pembinaan semula dan naik taraf Sekolah Daif Pakej 6 di SK Kampung Penibong, Daro, Mukah serta pembinaan bangunan tambahan di SMK Sungai Maong, Padawan.

“Ia turut melibatkan projek pembinaan semula bangunan daif di SMK Matang Hilir, Padawan dan SK Bukit Kinyau, Sarikei di bawah Program Sekolah Daif Sarawak 2023.

“Projek pembinaan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS di Kampung Sungai Tapang, Stampin serta pembinaan semula pos kawalan keselamatan sempadan darat baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak di Sapit, Padawan dan Tepoi, Serian yang ditender semula turut disenaraikan dalam sesi ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia