ARTIKEL

Iktiraf kebolehan luar biasa ANAK SARAWAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (Ybstar) dan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (Bystt)

KOS pengajian yang tinggi, tidak dapat dinafikan merupakan faktor kewangan yang menjadi keperluan utama seseorang yang mahu melanjutkan pelajaran.

Jika tidak mampu menampung perbelanjaan untuk mendapatkan pendidikan, maka pelajar kehilangan peluang meningkatkan dan menonjolkan potensi diri secara optimum.

Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam kita melahirkan insan yang berpendidikan serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan Sarawak khasnya.

Oleh itu, amat penting kita berusaha meningkatkan potensi dan memajukan diri sendiri ke tahap lebih tinggi.

Usah jadikan masalah kewangan sebagai penghalang, kerana ada jalan penyelesaiannya, iaitu Biasiswa.

Biasiswa mampu menyediakan sumber bantuan kewangan kepada seseorang yang berkelayakan dari segi bakat dan akademik yang cemerlang.

Biasiswa menyediakan pakej berbentuk bayaran yuran pengajian dan bantuan sara hidup tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penaja.

Di samping dari segi tempoh tajaan, biasiswa dibayar sepanjang tempoh pengajian atau beberapa tempoh masa tertentu.

Tempoh tajaan ini sangat bergantung kepada pematuhan syarat yang ditetapkan dan keputusan semasa para pelajar.

Pelajar dikehendaki mencapai tahap keputusan cemerlang.

Dalam hal ini, Kerajaan Sarawak mengambil inisiatif memperkenal biasiswa melalui Yayasan Sarawak untuk pelajar Sarawak melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari tanpa mengira bangsa, agama dan jantina bagi melengkapkan diri masing-masing dengan tahap pendidikan lebih tinggi.

Selain itu, kejayaan hasil tajaan biasiswa ini kelak dapat menyediakan barisan anak muda yang bersedia dengan cabaran dan menjadikan peluang ini sebagai asas untuk masa depan lebih baik dan dapat menyumbang sesuatu kepada negara secara amnya dan Sarawak khususnya.

Sebagai agensi yang berhala tuju sebagai Pemangkin Pembangunan Pendidikan, Yayasan sarawak diamanah memastikan ilmu pendidikan untuk anak Sarawak di Bumi Kenyalang tidak terhenti setengah jalan dengan memperkenalkan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) dan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT).

BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN (YBSTAR)

Biasiswa ini mula diperkenalkan 10 November 1982 bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Sarawak Merdeka dalam Malaysia.

Mengambil nama sempena Yang Teramat Mulia al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ini sebagai mengenang jasa, kepemimpinan dan kewibawaan beliau yang jujur dan ikhlas dalam mewujudkan kemerdekaan serta perpaduan rakyat Malaysia.

Biasiswa ini terbuka kepada pemohon yang melanjutkan pengajian dalam bidang bukan STEM (Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) .

Syarat permohonan: Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).

Pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM.

Memperoleh CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Diploma/ Matrikulasi/ A-Level dan Ijazah Sarjana Muda.

Mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda di universiti tempatan sahaja.

Mengikuti pengajian peringkat Sarjana/PhD di dalam dan luar negara.

Pembiayaan Biasiswa: Ijazah Sarjana Muda:

1. Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali & Elaun Tesis dan tiket penerbangan.

Ijazah Lanjutan (Sarjana & PhD):

1. Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis & Elaun Pengajian Akhir dan tiket penerbangan.

Cara Permohonan:

Permohonan dibuka sekali setahun (Jun-Julai) melalui iklan di laman sesawang dan media sosial rasmi Yayasan Sarawak.

Permohonan secara dalam talian BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB (BYSTT)

Biasiswa ini mula diperkenalkan pada 12 Julai 2017. Biasiswa ini merupakan gabungan biasiswa yang sedia ada pada ketika itu iaitu Biasiswa Bestari yang diperkenalkan sejak 2010 dan Biasiswa Cemerlang pada 2016 oleh Yayasan sarawak.

Nama Biasiswa Tun Taib digunakan sebagai tanda penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud yang memimpin Sarawak hingga mencapai kemajuan yang membanggakan selain pembabitan aktif dalam menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi seperti Curtin University Malaysia , Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Kolej Laila Taib dan University College of Technology Sarawak (UCTS).

Biasiswa ini disediakan kepada pemohon yang melanjutkan pengajian dalam bidang STEM (Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) .

Syarat permohonan: Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).

Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas.

Pembiayaan Biasiswa: Kerja Kursus: Pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan dalam negara sahaja dan lulus temu duga. Permohonan dibuka setahun sekali melalui iklan tawaran. Penyelidikan: Peringkat Sarjana, PhD dan Kepakaran di dalam dan luar negara dan mempunyai cadangan penyelidikan.

Keutamaan kepada senarai kursus yang ditawarkan dan lulus temu duga.

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Cara Permohonan: BYSTT (Kerja Kursus): Permohonan dalam talian. Permohonan dibuka sekali setahun (Jun – Julai) melalui iklan di laman web dan media sosial rasmi Yayasan Sarawak. BYSTT (Penyelidikan): Borang Permohonan Yayasan Sarawak sangat berharap anak-anak Sarawak yang berkelayakan dapat merebut peluang ini memandangkan semua keperluan dan kelebihan disediakan.

Mereka hanya perlu berusaha lebih gigih untuk melayakkan diri mendapat tajaan biasiswa ini.

Selain itu, ada beberapa nasihat dan tip yang berguna untuk dikongsikan bersama-sama bagi memastikan peluang mendapatkan biasiswa iaitu:

1. Pastikan Kecemerlangan Akademik Sentiasa Baik Biasanya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang menjadi prasyarat utama yang dilihat oleh penaja untuk memilih calon yang sesuai.

Lihatlah kepada mana-mana tawaran biasiswa, antara ayat yang sering terdapat dalam syarat permohonan seperti “Mendapat minimum 7A dan semua A dalam mata pelajaran teras SPM” atau “Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 ke atas”.

Anda setuju?

Jadi, pastikan anda sentiasa berusaha mendapatkan keputusan yang cemerlang supaya peluang anda mendapatkan tajaan biasiswa terbaik terbuka luas.

2. Aktif Diri Dalam Kegiatan Kokurikulum

Walaupun ada penaja biasiswa yang tidak meletakkan syarat aktif kegiatan kokurikulum dalam tawaran mereka, tetapi hakikatnya perkara ini yang sering dinilai selain kecemerlangan akademik dalam memilih calon tajaan.

Kebolehan memimpin, sumbangan dan penglibatan secara aktif dalam aktiviti persatuan, kelab atau kerja kemasyarakatan memberi impak yang besar ke atas penilaian seorang pelajar oleh penaja biasiswa.

Pelajar yang cemerlang seharusnya cemerlang dalam kedua-dua bidang kurikulum dan kokurikulum, dan kriteria inilah yang menjadi perhatian dan keutamaan oleh penaja biasiswa.

3. Maklumat Yang Benar

Berkenaan Latar Belakang Sosioekonomi Sesetengah penaja turut melihat kepada latar belakang keluarga atau sosioekonomi pemohon sebelum memilih bakal calon tajaan.

Contohnya, tempat tinggal sama ada di bandar ataupun luar bandar, latar belakang pendidikan pemohon, pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan mereka.

Walaupun kriteria ini tidak signifikan namun turut memainkan peranan dalam penilaian ke atas pemohon.

Tetapi, harus diingat, pemohon hendak mengisi dan memaklumkan maklumat yang betul semasa memohon tajaan.

Jangan cuba menyembunyikan sebarang maklumat yang mengurangkan peluang mendapat penajaan.

4. Bersedia Untuk Sesi Temu Duga Setelah menerima dan menyaring permohonan yang diterima, pihak penaja biasanya menyenarai pendek nama calon yang layak untuk dipanggil ke sesi temu duga.

Sesi temu duga diadakan berbeza dari segi masa dan panel penemu duga oleh setiap penaja dengan menilai keterampilan, karisma dan kebolehan calon.

Pemilihan calon tajaan umpama memilih potensi pekerja kepada penaja.

Jadi, semestinya penaja mencari yang terbaik dalam kalangan calon yang terpilih dalam sesi temu duga.

5 semasa memohon tajaan.

Jadi, semestinya penaja mencari yang terbaik dalam kalangan calon yang terpilih dalam sesi temu duga. Pelajar harus menunjukkan kredibiliti diri adalah calon yang layak menerima bisiswa ini.

Akhir sekali, Kerajaan Sarawak sentiasa komited dan bersungguh-sungguh untuk meneroka inisiatif serta menyediakan peluang kepada anak Sarawak agar berupaya meningkatkan diri ke peringkat yang lebih tinggi tanpa memikirkan masalah kewangan .

Pada masa yang sama, usaha ini mampu membendung arus pengaliran keluar pakar sumber tenaga yang mampu digerakkan untuk meningkatkan keupayaan membina, mengekal, menarik dan menggunakan bakat sumber manusia yang ada di negeri ini demi pembangunan negeri dan negara.

Mereka harus melengkapkan diri dengan sebaik-baiknya sebelum menghadiri temu duga dengan mengambil inisiatif melakukan bacaan berkaitan isu semasa selain mempunyai keterampilan diri dalam temu duga.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan