KUCHING: ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki mencadangkan agar Petra Jaya diiktiraf sebagai sebuah daerah tersendiri di bahagian utara Kuching.
Menurutnya, pembahagian daerah ini perlu kerana melihat kepada penempatan penduduk yang padat di Kuching secara keseluruhannya seramai 711,500 orang.
“Ekoran itu, sudah tiba masanya untuk kita mempertimbangkan pembahagian daerah Kuching kepada dua dengan mengekalkan bahagian selatan Kuching sebagai daerah pentadbiran, diikuti Petra Jaya di bahagian utara.
“Kita juga melihat bahawa Petra Jaya telah ditetapkan sebagai Pusat Pentadbiran bagi Kerajaan Sarawak sehingga sekarang, maka wajarlah ia diiktiraf sebagai daerah yang mempunyai pejabat daerah dan pegawai daerahnya sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.





