ARTIKEL

Ilmu Aziz Isa bagaikan salinan dari nota kuliah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi seseorang yang mempunyai pengalaman kerja sifar dalam tenaga kerja sebenar, Abdul Aziz Isa terlalu sombong dan andaian serta pengetahuan pentadbirannya seolah-olah disalin dari satu nota kuliah universiti.

Perkara ini ditegaskan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang semalam merujuk Setiausaha Publisiti dan Sosialis Belia DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa yang sebelum itu mengkritik kewangan majlis berkenaan.

Khere Chiang menjelaskan, dalam kehidupan sebenar tanpa adanya dana konsep buku teks tidak dapat dipraktiskan.

Menurutnya, kadar penilaian tahunan MPP dikumpul ialah RM23 juta, perbelanjaan majlis untuk menanggung 450 kakitangan adalah RM19 juta, pengumpulan sampah ialah RM7.9 juta, manakala perkhidmatan penyusutan memerlukan RM2.5 juta.

“Setiap tahun kita mendapat geran pembangunan sebanyak RM2 juta daripada Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan pembaikan dan penambahbaikan jalan raya.

“Kos penyelenggaraan sering menjadi isu mencabar dan tiada siapa mempertikai hakikat bahawa kos ini tinggi,” katanya semasa memberikan maklumat fakta kewangan MPP.

Justeru itu katanya, sekiranya majlis mengambil lebih banyak daripada kadar penilaian sekarang, dana pembangunan akan datang daripada pembayar cukai, dan kesannya rakyat akan tertekan dan menderita.

“Kini, selepas PRU14, usaha memenuhi keperluan rakyat sudah cukup susah. Kami tidak mahu membebankan mereka dengan kenaikan kadar cukai pintu. Kami mencuba sejauh mungkin untuk memastikan ia serendah mungkin.

“Aziz sepatutnya membantu GPS memaklumkan kepada ketuanya di Putrajaya untuk mengembalikan wang minyak Sarawak, bukannya memberitahu pembayar cukai untuk membayar lebih banyak daripada kadar akses untuk membina Dewan Haji Baki dan pusat penjaja kami,” ujarnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU