ARTIKEL

BANTU… Royston bersama yang lain membantu menyedarkan pelajar tersebut. | (FOTO: FB N57 TELLIAN)

Ilmu pertolongan cemas perlu dipelajari setiap individu — Royston

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Ilmu asas pertolongan cemas perlu dipelajari oleh setiap individu bagi menghadapi kecemasan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine.

Katanya, ia adalah langkah penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan sebarang risiko yang lebih teruk semasa kecemasan.

BANTU… Royston bersama yang lain membantu menyedarkan pelajar tersebut. | (FOTO: FB N57 TELLIAN)

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran menerusi Facebooknya selepas berdepan detik cemas membantu seorang pelajar sekolah dalam keadaan separa sedar dan badan kejang, baru-baru ini.

Kongsi Royston, kejadian tersebut berlaku semasa beliau dan anak-anaknya selesai makan tengahari di sebuah premis makanan.

“Saya mendengar suara memanggil, “YB tolong…” dan pelajar sekolah tersebut sudah terbaring di pangkuan ibunya.

“Sepasang suami isteri dan staf saya cuba membantu dengan kaedah-kaedah asas pertolongan cemas untuk menyedarkan pelajar tersebut.

“Apabila melihat ibu pelajar itu cemas, saya lagi cemas walaupun cuba untuk kelihatan tenang kerana tidak pernah melalui situasi seperti ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, Royston menghubungi Kapten Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mukah untuk mendapatkan bantuan kecemasan, dalam beberapa minit sahaja, ambulans APM tiba dan pelajar berkenaan terus dihantar ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut.

Royston turut memuji dan berterima kasih kepada pihak APM Mukah kerana sangat responsif dan bertindak pantas dalam situasi kecemasan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pasangan suami isteri yang berusaha membantu dan berharap agar pelajar tersebut kembali sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan pengubatannya.

Tambahnya, ilmu pertolongan cemas adalah kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap individu bagi menghadapi mana-mana situasi kecemasan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha