ARTIKEL

Ilustrasi cerita rakyat Kayan MIRI: Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) dan Universiti Kyushu, Jepun mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai bagi menghidupkan cerita rakyat Kayan. Curtin Malaysia dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini memastikan legasi budaya terus terpelihara seperti tradisi lisan yang berisiko pupus dan membangkitkan minat generasi muda dengan seni penceritaan. "Misi ini dijalankan untuk menghidupkan semula cerita rakyat Kayan dengan menyusun naratif tradisional ke dalam buku kanak-kanak berilustrasi. "Kisah-kisah ini kaya dengan nilai budaya dan pengajaran moral, dijadikan alat pendidikan untuk memperkaya pengalaman pembelajaran kanak-kanak," katanya. Sementara itu, Penasihat Kemahiran Akademik Curtin Malaysia Dr Roselind Wan berkata, cerita rakyat berperanan penting dalam memperkukuh hubungan generasi muda dengan akar budaya mereka. "Cerita kita ialah khazanah kebijaksanaan budaya yang menghubungkan masa lalu dan masa kini. "Dengan mengintegrasikan kisah-kisah ini dalam pendidikan, kita bukan sahaja memelihara warisan, tetapi juga menginspirasi kanak-kanak untuk menerima identiti mereka," tegasnya. Sempena lawatan tersebut, artis Jepun, Yuhki Takeuchi turut mengadakan sesi seni kreatif bersama-sama para pelajar melalui ilustrasi unik seperti watak legenda Kayan yang terdiri daripada Lebui, Duyu, Hingan Jan dan Duruiyah Sekutok.

Ilustrasi cerita rakyat Kayan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) dan Universiti Kyushu, Jepun mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Long Panai bagi menghidupkan cerita rakyat Kayan.

Curtin Malaysia dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini memastikan legasi budaya terus terpelihara seperti tradisi lisan yang berisiko pupus dan membangkitkan minat generasi muda dengan seni penceritaan.

“Misi ini dijalankan untuk menghidupkan semula cerita rakyat Kayan dengan menyusun naratif tradisional ke dalam buku kanak-kanak berilustrasi.

“Kisah-kisah ini kaya dengan nilai budaya dan pengajaran moral, dijadikan alat pendidikan untuk memperkaya pengalaman pembelajaran kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Kemahiran Akademik Curtin Malaysia Dr Roselind Wan berkata, cerita rakyat berperanan penting dalam memperkukuh hubungan generasi muda dengan akar budaya mereka.

“Cerita kita ialah khazanah kebijaksanaan budaya yang menghubungkan masa lalu dan masa kini.

“Dengan mengintegrasikan kisah-kisah ini dalam pendidikan, kita bukan sahaja memelihara warisan, tetapi juga menginspirasi kanak-kanak untuk menerima identiti mereka,” tegasnya.

Sempena lawatan tersebut, artis Jepun, Yuhki Takeuchi turut mengadakan sesi seni kreatif bersama-sama para pelajar melalui ilustrasi unik seperti watak legenda Kayan yang terdiri daripada Lebui, Duyu, Hingan Jan dan Duruiyah Sekutok.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU