KUCHING: Majlis Perniagaan Indonesia-Malaysia (IMBC) menyambut baik penerbangan terus Jakarta-Kuching oleh AirAsia kerana bakal menyediakan hubungan komersial dan perdagangan yang sangat diperlukan antara dua ekonomi terbesar di rantau ini.
Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa IMBC Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, ia dijangka dapat merangsang perdagangan dan pelaburan.
Beliau memuji usaha AirAsia memandangkan usaha ini menyediakan hubungan yang lebih baik dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara terutama Malaysia dan Indonesia.
“Bukan sahaja berfungsi sebagai kuasa penyatuan rakyat kedua-dua negara yang berkongsi banyak persamaan, tetapi juga menyediakan hubungan komersial dan perdagangan yang sangat diperlukan Malaysia dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Impaknya tegas Jaziri, mewujudkan perkongsian kekayaan yang lebih baik dan meluas antara rakyat daripada kedua-dua belah sempadan, terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS).
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.





