ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Imej penderaan seksual kanak-kanak dijana AI meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya berhati-hati memuat naik gambar anak-anak di internet kerana imej berkenaan boleh dimanipulasi menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Amaran itu dikeluarkan Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) dan Yayasan Pemantau Internet (IWF) susulan peningkatan kes penyalahgunaan AI. Sebuah sekolah di United Kingdom (UK) turut menjadi mangsa ugutan selepas gambar murid digunakan untuk menghasilkan imej seksual palsu.

IWF mengesan 8,029 imej dan video penderaan seksual kanak-kanak dijana AI pada 2025, meningkat 14 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak 3,440 video AI turut dikesan tahun ini berbanding hanya 13 pada 2024.

Sehubungan itu, ibu bapa disaran mengehadkan perkongsian gambar anak, mengaktifkan tetapan privasi media sosial dan berbincang dengan anak mengenai bahaya AI serta imej palsu atau deepfake.

NCA turut menggesa ibu bapa segera melaporkan penyalahgunaan imej kepada pihak berkuasa. Syarikat teknologi pula diminta memperkukuh ciri keselamatan AI bagi menghalang penyalahgunaan teknologi itu seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU