ARTIKEL

Impian penduduk miliki jalan raya terlaksana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Impian penduduk Kampung Klid di sini untuk memiliki jalan raya akhirnya menjadi kenyataan apabila projek membina jalan raya bakal dibangunkan.

Menurut Adun Dalat Datuk Seri Fatimah Abdullah, Kampung Klid merupakan antara kampung paling hujung di sini dan satu-satunya kampung yang belum dihubungkan dengan jalan raya.

“Melalui projek ini ia sangat penting khasnya buat sekolah berasrama iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Klid, ini termasuk perhubungan untuk guru yang bertugas ke sekolah ini tidak perlu lagi menggunakan jalan air.

“Jadi apabila ada jalan raya ini nanti, Kampung Klid akan dapat disambung dengan bekalan elektrik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek membina beberapa Jalan di Kampung Medong, Lebrasau, Kampung Klid di sini kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak menjelaskan apabila siapnya jalan tersebut penyaluran air bersih akan dapat dibangunkan termasuk bekalan elektrik.

“Sejumlah 169,603.75 pampasan tanah diserahkan kepada 23 penduduk kampung dengan 35 lot untuk dua kilometer jalan tersebut dari jalan Kampung Medong, Lebrasau dan sehinggalah ke Kampung Klid ini.

“Projek jalan raya sejauh 11.5 kilometer ini dijangka siap menjelang Oktober 2022, dengan kos projek RM44.4 juta, manakala kontraktor ialah Avos (Malaysia) Sdn Bhd Kuching,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha