ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik.com

Indonesia Sekat Sementara Akses Grok Susulan Kebimbangan Kandungan Deepfake AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia menyekat sementara akses kepada Grok berikutan kebimbangan bahawa kandungan pornografi dan “deepfake” yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan awam.

Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid berkata langkah itu bertujuan melindungi golongan wanita, kanak-kanak dan orang awam daripada kandungan pornografi palsu yang dihasilkan oleh AI.

Beliau berkata kerajaan menganggap penghasilan “deepfake” seksual tanpa kebenaran sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia, maruah manusia serta keselamatan rakyat dalam ruang digital.

“Kementerian Komunikasi dan Digital juga telah meminta Platform X untuk segera memberikan penjelasan berkaitan impak negatif yang timbul daripada penggunaan Grok,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Grok merupakan sistem AI generatif yang disepadukan dengan platform X, dimiliki dan dibangunkan oleh xAI yang diasaskan oleh Elon Musk pada 2023. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU