ARTIKEL

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto

Indonesia Teroka Kerjasama Nuklear Dengan Rusia Bagi Capai Mampu Diri Tenaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Indonesia sedang meneroka kerjasama dengan Rusia dalam teknologi nuklear awam sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai mampu diri tenaga dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri Luar Sugiono pada Khamis.

Berucap bagi pihak Presiden Prabowo Subianto pada sesi pleno Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan, beliau berkata Indonesia sedang mempercepat pembangunan tenaga boleh diperbaharui sambil meneroka semua pilihan yang tersedia untuk memperkukuh keselamatan tenaganya.

Beliau berkata pengalaman luas Rusia dalam teknologi nuklear awam menyediakan asas yang kukuh untuk kerjasama, khususnya dalam pemindahan teknologi, pembangunan sumber manusia dan piawaian keselamatan.

“Kami mahukan perkongsian yang berasaskan pemindahan teknologi, pembangunan sumber manusia dan piawaian keselamatan antarabangsa tertinggi,” katanya.

Sugiono berkata kedudukan Rusia sebagai pengeluar tenaga utama menjadikannya rakan kongsi penting dalam memperkukuh daya tahan tenaga ASEAN menerusi kepelbagaian sumber tenaga, rantaian bekalan yang lebih kukuh serta perlindungan daripada kejutan luaran.

Selain tenaga, beliau menyifatkan Rusia sebagai pembekal utama bijirin dan baja serta menggesa kerjasama yang lebih erat bagi memastikan bekalan yang stabil dan boleh diramal ke pasaran ASEAN.

Beliau turut menggesa integrasi ekonomi yang lebih kukuh antara ASEAN dan Eurasia, sambil menyatakan bahawa kesalinghubungan yang lebih erat mampu meningkatkan daya tahan serantau dan mewujudkan peluang pertumbuhan baharu.

Mengalu-alukan Deklarasi Kazan yang diterima pakai pada sidang kemuncak itu, Sugiono berkata deklarasi itu menandakan satu langkah ke arah seni bina serantau yang menyaksikan kuasa-kuasa besar melibatkan ASEAN bukan sahaja demi kepentingan strategik, malah sebagai rakan kongsi utama dalam memajukan dialog dan kerjasama.

Sidang kemuncak itu menandakan ulang tahun ke-35 hubungan ASEAN-Rusia, yang menurut beliau berkembang secara konsisten sepanjang tiga setengah dekad lalu dan kekal penting ketika ASEAN mengharungi persekitaran global yang semakin kompleks. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU