Sekumpulan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak menganjurkan program TVET Style Revival 2023 — bengkel dan peragaan fesyen lestari.
Pada 9 dan 10 Disember lalu, bilik kuliah UiTM dipenuhi hasil kreativiti dan inovasi peserta yang terlibat dalam bengkel tersebut.
Malah, acara tersebut turut dimeriahkan dengan ceramah elemen kelestarian alam sekitar dan perkembangan industri fesyen di Sarawak.
Menurut Ketua Projek, Ts. Mohd. Khairul Azha Azahari, GiatMara Mambong memberi pengalaman kepada peserta dalam jahitan pakaian dan fesyen dengan fokus pada penggunaan bahan mesra alam atau terpakai.
Pada masa yang sama, peserta didedahkan dengan teknik peragaan dari pelbagai aspek bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang fesyen.
“Kemuncak program menyaksikan peragaan fesyen yang diadakan pada 16 Disember berlangsung dengan jayanya di Auditorium Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM.
“Ia memperlihatkan 13 rekaan fesyen yang mengagumkan.
Setiap rekaan merupakan gabungan bahan terpakai yang diolah secara kreatif, mencipta corak dan warna serasi dengan model,” ujarnya kepada Suara Sarawak.
SERLAH BAKAT
Ujarnya pertandingan ini melahirkan beberapa nama baharu seperti Dr Darren Augustine yang meraih tempat pertama, diikuti Bungsu Tinyen dan Mohamad Khairul Amir Mat Udin.
Mereka masing-masing membawa pulang hadiah, termasuk bar emas dan wang tunai.
“Program ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak, termasuk pelajar OPM655 dari BA232 Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) UiTM Sarawak yang berperanan sebagai penganjur utama.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Penasihat Program, Marlita Mat Yusuf, para penaja dari MYSED, D’Tebingan Telaga Air dan Syarikat Mukriz,” ujarnya.
Dalam program ini, jelasnya Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan MYSED Sarawak, Siti Asmah Ahmad menyempurnakan majlis perasmian dan penutupan.
Ia menandakan pengakhiran sebuah program yang berjaya dan memberi pengalaman tidak ternilai kepada pelajar BA232 UiTM Sarawak.
Program ini membuktikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bukan hanya relevan, tetapi boleh menjadi kunci dalam memacu inovasi dan kelestarian industri fesyen.
KREATIF DAN INOVATIF
Sementara itu, juara pertandingan, Dr Darren turut menzahirkan rasa gembira dan teruja kerana ia merupakan kali pertama bergiat dalam bidang fesyen.
Lebih-lebih lagi bertemakan penggunaan bahan mesra alam dan terpakai.
“Tidak dinafi kan, cabaran dalam menghasilkan rekaan kreatif dan inovatif adalah untuk menyesuaikan rekaan dengan penggunaan bahan terpakai sedia ada.
“Saya mencadangkan agar program dipelbagaikan atau latihan fesyen sebagai platform untuk menyerlahkan bakat mereka,” ujarnya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Dr Darren berharap para pereka fesyen tempatan berfi kir di luar kotak agar dapat memberi impak dan kesedaran tentang kesinambungan fesyen mesra alam.
Penting untuk memupuk perasaan sayang dan cinta akan alam sekitar pada masa sama fesyen juga mampu untuk terus maju.



